Showing posts with label Najib Tun Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Tun Razak. Show all posts

Saturday, August 1, 2009

20,000 Hadir Jamuan Rakyat Bersama PM

KOTA BHARU(Warkah Timur) - MAJLIS Jamuan Rakyat bersama PM Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Padang Kompleks Sekolah-Sekolah Kota Bharu, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu Kelantan dihadiri oleh lebih daripada 20,000 orang pengunjung.

Sebelum itu, Perdana Menteri merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Empat Peringkat di tempat yang sama. Majlis pada hari ini dimulakan dengan ucapan Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Datuk Fatmi Salleh (juga Setiausaha Politik PM) dan menyatakan slogan UMNO Bahagian Kota Bharu iaitu 1UMNO 1Kota Bharu yang direka berdasarkan konsep 1Malaysia.

Majlis itu diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Mustapha Mohammed yang lebih mesra dipanggil Datuk Pa. Datuk Pa didalam ucapanya turut menyampaikan Visi Badan Perhubungan UMNO Kelantan iaitu Misi PRU13 dan kebangkitan UMNO Kelantan bermula di Manek Urai.

PM Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmianya menyatakan beliau berterima kasih kepada YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan kerana sudi menyambutnya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Beliau juga turut berpesan kepada Tok Guru agar menjaga hati orang UMNO.

Beliau menyifatkan matlamat perjuangan UMNO dan PAS adalah sama cuma mengikut landasan yang berbeza, "UMNO mengikut landasan kita, PAS pula mengikut mengikut landasan mereka tetapi matlamat kita adalah sama".

Jamuan Rakyat itu berjalan lancar walaupun ada pengunjung yang melahirkan rasa tidak puas hati berhubung tiada makanan alas perut yang disediakan untuk pengunjung sementara menunggu jamuan itu diadakan, untuk rekod rata-rata mengungjung datang ke majlis ini sejak awal pagi dengan perut kosong dan menyebabkan mereka terpaksa makan lebih awal dari Perdana Menteri dan mereka berharap di masa-masa akan datang mereka lebih prihatin tentang hal-hal remeh seperti ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Sunday, June 7, 2009

Pendekatan Halus UMNO Untuk Dekati Pengundi Manik Urai

KOTA BHARU 7 Jun 2009 - (Warkah Timur) Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata UMNO Kelantan akan menggunakan pendekatan halus untuk mendekati pengundi di Manik Urai.

Pendekatan halus yang dimaksudkan ialah pendekatan rumah ke rumah daripada melaksanakan ceramah besar-besaran kerana tidak mahu menyusahkan pengundi untuk datang semata-mata untuk mendengar ceramah politik dan juga pendekatan ini lebih berkesan kerana jentera-jentera politik dan pemimpin yang datang kepada rakyat untuk memberi penjelasan. Tambanya lagi "Kita juga akan mengadakan siri ceramah tetapi ceramah yang melibatkan dua tiga buah rumah sahaja". "Walau bagaimanapun ceramah besar-besaran akan turut dibuat tetapi tidak banyak berbanding ceramah rumah ke rumah".

Itulah antara strategi baru yang bakal digunakan oleh UMNO Kelantan untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai, untuk rekod parti penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Manik Urai ialah PAS.
Reblog this post [with Zemanta]

Monday, October 6, 2008

Rumah Terbuka Aidilfitri Sekitar Besut

"Rumah Terbuka" istilah paling popular apabila Hari Raya Aidilfitri berkunjung tiba kerana biasanya apabila adanya hari raya orang yang merayakan Hari Raya ini pasti akan membuat rumah terbuka. Beberapa pemimpin-pemimpin di daerah Besut juga tidak ketinggalan untuk mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri ini.

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MANTAN MB TERENGGANU

Pada hari raya kedua yang lalu mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh telah mengadakan rumah terbuka di kediamanya di Kg. Tok Has, Besut, Terengganu. Seperti biasa, rumah terbuka beliau sentiasa meriah walaupun beliau sudah tidak bergelar MB Terengganu.

Kedatangan pengunjung boleh dikatakan sama banyak semasa beliau menjadi MB Terengganu dahulu walaupun sudah tidak lagi menjadi MB Terengganu namun rakyat terutamanya di sekitar Besut dan Setiu masih menyanjung tinggi beliau sebagai pemimpin.

Penulis juga sempat mencuri dengar perbualan DS Idris Jusoh dengan beberapa tetamu rumah terbukanya. Antara perbualan yang menarik perhatian penulis ialah perbualan mengenai Pemilihan Agung UMNO, penulis percaya ramai sudah tahu bahawa Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut akan mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden baru UMNO. Namun, itu bukan topik yang dibualkan mereka. Apa yang penulis dengar ialah tetamu tersebut mencadangkan DSIJ bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan yang akan datang. DSIJ hanya menjawab "tengok lah dulu kalau saya layak" sambil ketawa.

Berbalik semula kita kepada cerita Rumah Terbuka Aidilfitri DSIJ, pada hari itu pengunjung tidak putus-putus berkunjung ke rumah terbuka tersebut ini adalah mungkin kerana aura DSIJ masih kuat di hati rakyat Terengganu sehinggakan Ahmad Said mencuba pelbagai cara untuk melunturkan Aura beliau kerana bimbang kedudukanya sekarang bakal dirampas kembali oleh DSIJ.

RUMAH TERBUKA MANTAN MENTERI JPM

Ahli Parlimen Besut yang juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Dr. Abdullah Mohd Zain) juga tidak ketinggalan untuk mengadakan rumah terbukanya pada hari raya ketiga (kalau tak silap) di kediamanya di Kampung Bharu.

Sambutan rumah terbuka DDAMZ juga boleh dikatakan meriah dan sama seperti semasa beliau menjadi Menteri di JPM dahulu, langsung tidak berubah, pengunjung juga bukan sahaja sama banyak dengan dahulu tetapi boleh dikatakan bertambah.

RUMAH TERBUKA EXCO KESIHATAN NEGERI

Adun Kuala Besut yang juga Exco Kesihatan Negeri Dr. Abdul Rahman jugat idak ketinggalan mengadakan rumah terbuka di kediamanya dan juga kliniknya di Pekan Kuala Besut. Dr. Rahman yang tidak sampai satu penggal menjadi ADUN dan juga EXCO namun kehadiran pengunjung boleh dikatakan ramai juga.

Rumah terbuka beliau diadakan pada hari raya keempat dan ini adalah kali pertama beliau mengadakan rumah terbuka selepas bergelar ADUN dan EXCO. Dr. Rahman sentiasa mesra melayan pengunjung di kediamanya itu tambahan pula kliniknya juga memang terkenal bukan sahaja terkenal di Besut malah turut terkenal di Kelantan.

http://www.besutlonih.comJustify Full
Reblog this post [with Zemanta]