Monday, September 15, 2008

Ku Li Paling Layak Realisasikan Hasrat Tengku Mahkota Pahang Tengku Razaleigh Hamzah

Dipetik dari:

http://penyokong-kuli.blogspot.com/

Tengku Razaleigh HamzahImage via Wikipedia Petikan Laporan Utusan Online:

Tengku Abdullah mahu UMNO kukuh institusi raja sebagai pelindung Melayu

11/09/2008 12:57pm

KUANTAN 11 Sept - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Umno melakukan usaha mengukuhkan institusi raja-raja Melayu bagi menguatkan lagi peranannya sebagai pelindung rakyat khususnya orang Melayu serta agama Islam.

“Bukannya kita hendak kuasa lebih tetapi kita perlu kaji supaya institusi ini tidak boleh diperkotak-katik, dipersenda atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak,” titah baginda dalam satu wawancara eksklusif dengan Khabar Pahang, akhbar rasmi kerajaan negeri Pahang.

Tengku Abdullah bertitah imuniti raja-raja, yang suatu ketika dulu telah dihapuskan secara tidak langsung, telah meletakkan institusi berkenaan berada dalam keadaan seolah-olah tidak kukuh dan mungkin menjadi tidak relevan.

Namun, baginda berharap, semua pihak harus sedar dan memahami bahawa institusi raja-raja Melayu telah memainkan peranan berkesan dalam arus pembangunan negara selama ini.

Tengku Abdullah menjelaskan bahawa ketika tokoh-tokoh kepimpinan negara berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, wakil raja-raja Melayu turut menyertainya termasuk dalam rundingan yang diadakan di London.

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,” titah baginda. - {http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0911&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_04.htm&arc=hive}


Petikan daripada laporan akhbar di atas adalah apa yang dititahkan oleh Tengku Mahkota Pahang tersebut. UMNO sebagai satu organisasi politik yang dilahirkan di dalam istana, maka ia menjadi kewajipan UMNO untuk memelihara institusi diraja yang semakin hari semakin terhakis kuasanya.

Titah Tengku Abdullah itu hendaklah tidak dipandang ringan khususnya bagi ahli-ahli UMNO kerana mempertahankan hak-hak raja-raja Melayu adalah menjadi perjuangan khusus bagi UMNO berdasarkan ianya sebuah parti yang dilahirkan di tempat yang sinonim dengan raja-raja iaitu istana.

Dalam keadaan sekarang ini, bagi memperkuatkan dan memperkukuhkan institusi diraja memerlukan orang yang berpengalaman dan mahir dalam institusi diraja ini. Ketika ini pada pandangan penulis orang yang paling layak diberikan tempat bagi membela kedudukan raja-raja Melayu adalah Tengku Razaleigh berdasarkan ia berketurunan diraja dan tambahan pula sudah lama kita tidak dirajui oleh Perdana Menteri yang berdarah raja selepas Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Dalam keadaan politik negara yang tidak menentu sebaik-baiknya kita perlu mempunyai pemimpin yang berdarah raja kerana ia akan sedikit banyak membantu mengurangkan kegusaran politik yang pada waktu ini melanda tanah air.

Tambahan pula beberapa insiden yang berlaku sebelum ini seolah-olah mengambarkan kuasa raja-raja Melayu sudah mula dipersoalkan bermula dengan insiden perlantikkan Menteri Besar di Perlis dan Terengganu, diikuti pula dengan insiden Karpal Singh yang mempersoalkan titah Sultan Perak yang seakan-akan Raja-Raja Melayu sudah mula berani dicabar oleh golongan-golongan tertentu.

Bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan Institusi Diraja ini memang wajarlah tugas ini diberikan kepada Tengku Razaleigh dan apa salahnya kita beri peluang kepada negarawan ini berkhidmat kepada rakyat sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhirnya.

Reblog this post [with Zemanta]