Saturday, June 21, 2008

BesutLonih.com: Rakyat Besut Cadang Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Berkongsi Pentas di Besut, Terengganu

Besut Lonih mendapat satu email daripada seorang pengunjung yang menggunakan nama Mohd Adib, di dalam email tersebut beliau mencadangkan supaya mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dan mantan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk berkongsi pentas di daerah Besut, Terengganu.

Katanya lagi kepada Besut Lonih melalui email tersebut, "saya dan rakyat Besut yang lain sudah lama menanti agar Ayahnda Tun Dr. Mahathir Mohammad dan juga patik memohon YBM Tan Sri Tengku untuk datang dan membuat majlis dalam satu pentas kerana ia akan memudahkan kami dan menjimatkan masa, kami juga ternanti-nanti bilakah Ayahnda Tun dan Tan Sri Tengku dapat datang ke daerah kami agar dapat patik mendengar amanat Tan Sri Tengku dan kami juga dapat mendengar amanat Ayahnda Tun Dr. Mahathir di dalam satu-satu masa jadi boleh diibaratkan serampang dua mata".

"Kami rakyat Besut mengalu-alukan kedatangan Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad dan juga Patik mengalulukan kedatang Tan Sri Tengku ke daerah kami dan kami juga mahukan perubahan jadi kami berharap agar kedua-dua tokoh yang kami sebut sudi datang ke daerah kami" tambahnya lagi.

Pengirim email tersebut mengakhiri emailnya dengan cadangan supaya Besut Lonih menjadi penganjur kepada program yang akan mempertemukan kedua orang negarawan ini. Besut Lonih sememangnya bercadang untuk menganjurkan program seumpama ini tetapi oleh kerana sumber kewangan Besut Lonih yang begitu terhad buat masa ini menyukarkan Besut Lonih untuk mengadakan program seumpama itu. Namun Besut Lonih sedia menjadi penganjur sekiranya ada pihak yang sudi menaja program tersebut.

dipetik dari:
http://www.besutlonih.com

Hussam Musa Ajak Ahli Parlimen UMNO Sertai PAS

Naib Presiden PAS yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Datuk Paduka Hussam Musa mengajak ahli Parlimen UMNO menyertai PAS sekiranya bimbang nasib Melayu tidak terbela. Mungkin tawaran ini boleh membuat ahli parlimen UMNO akan tertarik tetapi setiap benda ada pro dan kontranya.

Jika tawaran Datuk Paduka Hussam Musa diterima oleh ahli Parlimen UMNO dan beramai-ramai menyertai PAS, dan perkara ini menjadi realiti sudah tentunya ia memberi keuntungan bukan sahaja kepada Melayu malah kepada PAS sendiri.

Secara matematik mudah sekiranya ahli Parlimen UMNO menyertai PAS secara automatiknya PAS merupakan parti yang mempunyai bilangan ahli parlimen yang tertinggi di dalam Pakatan Rakyat dan sekaligus akan membuatkan PAS layak untuk menerajui Pakatan Rakyat dan sekaligus menidakkan impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dan impian PAS untuk menerajui Pakatan Rakyat akan menjadi realiti.

Manakala kontranya ialah UMNO hanya akan tinggal sejarah dan tidak lagi wujud pada masa akan datang. Bagi penulis UMNO hendaklah dikekalkan tak perlu dibubarkan kerana ianya bernilai sejarah yang amat tinggi sepertimana jasa-jasa ahli-ahli UMNO yang terdahulu yang berjuang mendapatkan kemerdekaan negara. Sesungguhnya sejarah tetap sejarah dan jangan ubahlah sejarah.

Namun, terpulang kepada ahli Parlimen UMNO untuk membuat keputusan dan sekiranya ahli Parlimen UMNO bersetuju bermakna berita ini bakal mengembirakan PAS dan bakal mengecewakan Parti Keadilan Rakyat dan juga DAP.

dipetik dari:
http://www.suaragenerasimuda.com

Rakyat Terengganu Akan Menuntut 35% Royalti Minyak

Beberapa hari lalu timbul isu apabila Presiden SAPP akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ada juga yang mengatakan SAPP akan meninggalkan Barisan Nasional sebuah parti yang menaungi SAPP.

Apa yang menarik SAPP telah membuat tuntuntan supaya Kerajaan Persekutuan memberikan royalti minyak sebanyak 20% kepada Sabah. Besut Lonih cuba mengambil maklum balas rakyat Terengganu dan Besut berhubung tuntutan SAPP untuk meminta untuk Kerajaan Persekutuan memberikan royalti minyak sebanyak 20% pada Sabah. Mengikut maklumat yang Besut Lonih terima, khabarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku 'mastermind' Pakatan Rakyat pernah menawarkan Royalti minyak 20% kepada Sabah jadi ianya menampakkan ada persamaan tuntutan SAPP dengan tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemungkinan Ahli Parlimen BN Sabah berhijrah itu ada dan kemungkinan BN yang ada pada hari ini bertukar menjadi pembangkang juga ada.

Oleh sebab itu, memandangkan Terengganu juga merupakan negeri pengeluar minyak, Besut Lonih cuba mengambil pendapat orang-ramai mengenai Royalti 20% yang dintuntut oleh SAPP dan ditawar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nik Mohd Fakhrul Razi seorang penjawat awam ditemubual oleh Besut Lonih mengatakan "Kalau Sabah dapat 20% Royalti, sepatutnya Terengganu boleh dapat 35% royalti" tambahnya lagi "Terengganu sudah berapa tahun tak dapat royalti jadi wajar Terengganu mendapat 35% royalti"

Manakala, Tengku Mohd Syura seorang peniaga daripada Terengganu pula semasa ditemubual berkata "Terengganu memang wajar dapat lebih royalti, saya juga ingin menegaskan di sini saya sebagai rakyat Terengganu saya akan pastikan sekiranya Sabah mendapat 20% Royalti minyak kami juga mendapat paling kurang 30% Royalti minyak dan saya juga akan meminta kerjasama Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan agar mengadakan demonstrasi besar-besaran di seluruh negara" agar kami mendapat hak kami.

Disamping itu, seorang Pesara Kerajaan Rosdi Ali menegaskan bahawa "Sekiranya tawaran royalti 20% Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima oleh BN Sabah dan Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan beliau akan berjuang bermatian-matian agar Terengganu akan mendapat 35% royalti minyak dan sekiranya Kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memberikan hak kami, kami akan pastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak senang untuk berceramah di Terengganu, kalau ada telur tembelang kami pasti lemparkan ke arahnya barangkali dan mungkin juga mengistiharkan keluar daripada Malaysia.

Itulah diantara temubual yang sempat dirakamkan oleh Besut Lonih untuk menjadi rujukan pengunjung Besut Lonih.com ini.

dipetik dari:
http://www.besutlonih.com

Forum Mencanai Minda


Forum Mencanai Minda ' Suntikan Semangat Satria Pasca PRU Ke 12 ' Anjuran Rakyat Cengal Selatan (8 Parlimen)


Tempat : Hotel Angsoka Teluk Intan Perak

Jam : 2.00 Petang - 4.30 Petang Bersama Tan Sri Sanusi Junid,
Datuk Paduka Ibrahim Ali dan Datuk Ruhanie Ahmad.
22 Jun 2008 (Ahad)

Jam : 4.30 - 7.30 Petang Program Sepetang Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan Pimpinan Akar Umbi Perak Selatan.


Semua Di Jemput Hadir.

Wednesday, June 18, 2008

Blog Besut Lo Nih Dilancarkan !!!

Blog Besut Lonih telah dilancarkan beberapa kelmarin. Blog ini bukan sahaja memaparkan kisah-kisah yang berlaku di Besut, tetapi kisah-kisah nasional juga akan dipaparkan oleh blog ini. Blog ini juga akan menjadi medium pengantara oleh Rakyat Besut tentang ketidakpuasan hati atau perkara-perkara yang melibatkan rakyat Besut, Terengganu.

Blog ini juga akan menjadi sumber rujukan oleh rakyat Besut khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Isu-isu semasa juga diperbincangkan disini dan mengambil kira pandangan semua pembaca atau pelawat. Pembaca atau Pelawat boleh juga mengirimkan artikel mereka kepada blog Besut Lonih untuk mengutarakan kesusahan dan kesukaran yang dihadapi oleh penduduk kawasan berhampiran mereka tanpa mengira fahaman politik.

Pelawat atau pembaca bebas mengemukakan artikel selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan semuanya akan disiarkan sekiranya tiada unsur-unsur fitnah.

Besut Lonih juga mempelawa orang ramai diluar sana untuk menjadi penulis atau panelis bagi Blog Besut Lonih, orang-ramai yang berminat bolehlah menghantar email kepada besutlonih@gmail.com .

Blog Besut Lonih boleh dilayari di http://www.besutlonih.com