Thursday, May 21, 2009

Konsert Search di Terengganu Ditunda !

Konsert Search Di awan biru yang dijadualkan diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 22 Mei 2009 terpaksa ditunda kepada 29 Mei 2009 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun tidak dinyatakan dengan jelas apa sebabnya konsert tersebut ditunda.

Celcom yang merupakan Penganjur Utama Konsert Search di Awan Biru ini telah membuat pengumuman tersebut melalui khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) kepada para pelanggan Celcom.

Beberapa peminat Search yang ditemui oleh Warkah Timur melahirkan rasa kecewa mereka di samping mereka turut menaruh harapan agar konsert tersebut tidak akan ditunda untuk kali kedua kerana mereka sudah tidak sabar untuk melihat Search beraksi di Terengganu.

Ini merupakan kali pertama Konsert Search di Awan Biru ditunda, walaupun tidak dinyatakan dengan jelas sebab musabab konsert ini ditunda, namun ada juga cakap-cakap mengatakan ia ada kaitan dengan Menteri Besar Terengganu.
Reblog this post [with Zemanta]