Wednesday, May 23, 2007

Mila Tidak Pernah Impikan Juarai AF5


"Pada minggu pertama Mila masih seolah-olah dalam keadaan terkejut. Mila akui, pada awal dahulu semuanya nampak sumbang. Tidak ramai pun yang menjerit panggil Mila. Beri tepukan pada Mila. Tetapi tenaga pengajar dan pengkritik banyak membantu Mila untuk memperbaiki kelemahan"Mila Juara Akademi Fantasia 5

"Mila tidak pernah impikan untuk menjuarai AF5. Kemenangan itu tiada di dalam fikiran Mila. Apa yang Mila fikirkan hanyalah mahu membuat persembahan yang terbaik untuk peminat. Mila mahu semua orang terhibur tengok persembahan Mila."Mila Juara Akademi Fantasia 5



KEJAYAAN Mila sebagai Juara Akademi Fantasia 5 sememangya menepati ramalan peminat yang selama ini memang telah diduga. Peminat membuat jangkaan tepat berdasarkan pencapaian prestasi Mila yang meningkat baik, pada minggu terakhir sebelum pertandingan akhir sabtu lalu.
Pada minggu awal tidak ramai meyakini bakat Mila kerana penampilanya memang tidak menyerlah. Malah sering dikritik dan berada di tangga paling corot di belakang pelajar lain yang lebih menonjol.
"Pada minggu pertama Mila masih seolah-olah dalam keadaan terkejut. Mila akui, pada awal dahulu semuanya nampak sumbang. Tidak ramai pun yang menjerit panggil Mila. Beri tepukan pada Mila. Tetapi tenaga pengajar dan pengkritik banyak membantu Mila untuk memperbaiki kelemahan" katanya yang mengambil iktibar sepenuhnya di atas segala ilmu dan kritikan diberi.
Usaha gigih dan percubaan demi percubaan Mila memperbaiki persembahan, sikit demi sikit menawan hati penonton setia AF. Peminat mula ramai mengamit Mila, dengan lagu Drama yang dinyanyikan tiga artis iaitu, Ning, Nikkie dan Yanie berjaya dibawa Mila secara solo hingga mendapat pujian pengkritik. Daripada saat itulah Mila mula memanjat carta sehinggalah ke konsert yang benar-benar 'melahirkan' Mila sebagai penyanyi berbakat besar.
Konsert mingguan kesembilan menguatkan lagi tanggapan peminat kerana Mila telah berjaya membuktikan kemampuan vokalnya serta melontarkan bakatnya dengan sepenuh hati. Lagu Pudar dan Myheart sewaktu berduet dengan rakanya iaitu Ebi ialah kenangan terindah Mila buat penyokong Akademi Fantasia. Kesungguhan dan usaha tanpa jemu itulah membawa tuah kepada gadis yang berusia 19 tahun dan berasal dari Pulau Pinang ini.
Semangat itu jugalah mengegarkan Stadium Putra Bukit Jalil yang dipenuhi ribuan pengemar AF. Sorakan dan laungan Mila bergema di dalam Stadium yang akhirnya menyaksikan Mila membawa pulang trofi Juara Akademi Fantasia bersama hadiah iringan lumayan selepas Vince (AF1), Zahid AF2, Mawi (AF3) dan Faizal (AF4). Akhirnya dominasi Juara AF yang dimonopoli peserta lelaki berjaya dibolosi gadis manis ini. "Mila tidak pernah impikan untuk menjuarai AF5. Kemenangan itu tiada di dalam fikiran Mila. Apa yang Mila fikirkan hanyalah mahu membuat persembahan yang terbaik untuk peminat. Mila mahu semua orang terhibur tengok persembahan Mila."
Pada konsert malam itu Mila membuat persembahan mantap dengan sebuah lagu baru hasil ciptaan Ajai dan Loloq., dan lagu cinta pura-pura nyanyian Ezlynn. Kini Mila dengan rasminya dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia yang telah melahirkan Mawi, penyanyi tersohor negara pada masa ini. Mampukah Mila mengikut jejak seniornya itu? Apakah selepas ini Mila juga dikatakan "beraura"? . Apa yang pasti tuah Mila tidak pernah terhenti. Arena seni suara tanah air menantikan kehadiran Mila untuk sama-sama menceriakan dunia Muzik Malaysia yang sejak akhir-akhir ini didominasi insan-insan tertentu.