Tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang mendesak Tan Sri Muhyidin Yasin meletak jawatan menimbulkan kemarahan beberapa ahli UMNO Bahagian Kota Bharu.
Beberapa daripada ahli UMNO tersebut yang dijumpai oleh Warkah Timur melahirkan rasa kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh Datuk Zaid Ibrahim itu.
Kata mereka "Sebagai orang yang pernah dizalimi oleh Presiden AAB beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa" . Jika beliau membuat kenyataan sedemikian kerana hendak melindungi jawatan yang dipegangnya sekarang ianya tidak direlakan oleh ahli-ahli UMNO KB.
Mereka juga menuntut Datuk Zaid Ibrahim membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kenyataanya terhadap Tan Sri Muhyidin Yasin itu, ataupun mereka akan mendesak beliau (Datuk Zaid Ibrahim) meletakkan jawatanya dengan seberapa segera.
Di samping itu, mereka juga berharap di masa-masa yang akan datang agar Datuk Zaid Ibrahim tidak lagi menyatakan atau membuat kenyataan yang boleh menimbulkan persengketaan. Selain itu, hendaklah Datuk Zaid Ibrahim berfikir sebelum bercakap bukanya bercakap sebelum berfikir.