Tuesday, May 19, 2009

Penduduk Lihat Kelibat Ayah Pin



Ketua Ajaran Sesat Kerajaan Langit yang bermarkas di Kampung Batu 13, Besut, Terengganu tidak lama dahulu iaitu Ariffin Mohammad yang turut dikenali dengan panggilan "Ayah Pin" dikatakan di lihat di sekitar kawasan Markas beiau di Kg. Batu 13, Besut, Terengganu.

Penduduk setempat mendakwa mereka ada terlihat kelibat "Ayah Pin" beberapa hari yang lalu. Beliau yang sebelum ini pernah menjadi buruan pihak berkuasa dan meloloskan diri ketika markas ajaran sesatnya diroboh polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada 31 Julai 2005.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut memberitahu bahawa beliau ada mendapat maklumat beberapa penduduk setempat yang mendakwa melihat kelibat Ayah Pin kembali tinggal di Perkampungan Kerajaan Langit. Tambah beliau lagi Ayah Pin didakwa sering berulang-alik ke perkampungan orang Asli di Gua Musang, Kelantan kerana dikatakan mempunyai ramai pengikut di sana. "Saya menerima banyak maklumat orang ramai yang melihat Ayah Pin kembali ke markas asalnya sejak sebulan lalu dan perkembangan ini sesuatu yang amat membimbangkan" tambah beliau lagi.

“Keadaan usia Ayah Pin yang sudah mencecah 69 tahun selain kesihatannya yang uzur mungkin menyebabkan pihak berkuasa tidak lagi perlu mengambil tindakan.

“Saya dimaklumkan ketika ini markasnya tidak aktif menganjurkan aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai kerana Ayah Pin tidak aktif dan sihat seperti dulu,” katanya.

Tinjauan ke markas berkenaan mendapati ia kini dalam keadaan tidak terurus dan sunyi daripada sebarang aktiviti.



Reblog this post [with Zemanta]

Pembinaan Hospital Rompin Telan Kos RM110 JUTA

Pembinaan Hospital Rompin Telan Kos RM110 JUTA

KUALA ROMPIN – Sebanyak RM110 juta diperuntukkan untuk membina Hospital Rompin di sini, yang dijangka siap menjelang akhir November 2011.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, projek hospital itu diluluskan kerajaan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Beliau berkata, keputusan kerajaan untuk membina hospital itu selaras dengan objektif kerajaan untuk memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan di negara ini.

“Kementerian Kesihatan sentiasa prihatin dan memberi tumpuan serius dalam menyediakan kemudahan yang baik kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Tapak Hospital Rompin, semalam.

Majlis pecah tanah tapak hospital seluas 7.740 hektar itu, disempurnakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dengan menandatangani plak pelancaran.

Rosnah berkata, hospital itu bakal dibina atas tapak seluas 7.740 hektar yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Pekan Kuala Rompin.

“Hospital Rompin adalah hospital tanpa pakar dan skop perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan pesakit luar am, rawatan kecemasan, kepakaran secara lawatan, pesakit dalam dengan kemudahan 60 katil.

“Turut dilengkapi pusat hemodialisis, perkhidmatan X-ray, fisioterapi, farmasi dan perkhidmatan sokongan lain yang berkaitan,” katanya.

Menurutnya, projek hospital itu turut menyediakan kemudahan penginapan untuk anggota sebanyak 44 unit kuarters kelas D, F, G dan kemudahan 20 bilik asrama jururawat.

Rosnah berkata, kementerian amat maklum bahawa sebuah lagi hospital diperlukan di Kuala Rompin berikutan daerah itu yang luas, selain hospital sedia ada iaitu Hospital Muadzam Shah yang terletak jauh daripada pusat pentadbiran.

“Selain kepadatan penduduk yang bertambah di daerah ini, ia sudah tentu memberi kesukaran kepada penduduk untuk menerima rawatan tambahan pula terdapat jeti Tanjung Gemok yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Tioman,” katanya.

Menurutnya, seramai 58,030 pesakit pada tahun lalu mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Rompin, Klinik Kesihatan Tanjung Gemok dan Klinik Kesihatan Tekek.

“Hampir 1,000 pesakit perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut manakala jumlah pesakit ibu mengandung dan kanak-kanak pula ialah seramai 15,488 orang dan hampir 500 dirujuk ke hospital.

“Seramai hampir 1,700 pesakit am dan 100 pesakit ibu mengandung pula perlu dimasukkan ke Wad Bersalin di Klinik Kesihatan Rompin,” katanya.
Reblog this post [with Zemanta]

Payudara Menjadi Tempat Sorok Dadah

Payudara Menjadi Tempat Sorok Dadah

DUNGUN – Tindakan licik seorang warga emas menyembunyikan dadah di celah payu daranya membawa padah apabila polis berjaya mengesan perbuatan itu sebelum bertindak merampas berpuluh tiub dadah selepas melakukan pemeriksaan di dalam coli wanita terbabit.

Suspek yang turut menghidap penyakit kencing manis dikatakan cuba berselindung di sebalik usia dan keadaan suaminya yang uzur di rumah sebagai taktik untuk mengelirukan pihak berkuasa, namun hasil risikan padu, aktiviti liciknya itu berjaya dikesan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, ibu kepada dua anak itu dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak beberapa bulan lalu dan pihaknya sama sekali tidak menyangka wanita yang sudah separuh abad itu adalah dalang utama kepada aktiviti pengedaran dadah kepada penagih di kawasan sekitar, di sini.

Bagaimanapun katanya, hasil risikan berterusan dan maklumat orang ramai, polis berjaya mengesan sebuah rumah di Jalan Nibong didiami sepasang warga emas yang disyaki menjadi pengkalan dadah utama di kawasan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis dari Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun melancarkan operasi memburu suspek disyaki, hasilnya kita berjaya menahan warga emas berkenaan di rumahnya.

“Pada peringkat awal, kita gagal menemui sebarang dadah, namun pemeriksaan pada bahagian badan suspek yang dilakukan anggota wanita menemui 70 tiub straw di dalamnya berisi serbuk putih disyaki dadah disembunyikan di celah payu dara, di dalam coli dipakainya,”katanya.

Menurut Dahlan, selain warga emas yang dipercayai pengedar utama kepada penagih di kawasan berhampiran, pihaknya juga berjaya menahan 10 lagi penagih yang sedang mendapatkan bekalan daripada warga emas terbabit.

Wanita dari Jalan Nibong itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, sementara 10 penagih lain selepas menjalani ujian air kencing didapati positif dadah dan ditahan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Reblog this post [with Zemanta]

Warga Emas Ditemui Mati Dengan Kesan Lebam

KOTA BHARU – Seorang guru terkejut apabila menemui mayat ibunya yang berusia 84 tahun terbaring di dalam bilik di rumahnya di Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini, semalam dengan kesan lebam di pergelangan tangan.

Mayat Zaharah Sulong ditemui oleh anaknya, Zubaidah Salleh, 40-an ketika baru pulang dari mengajar di sebuah sekolah menengah dekat sini, pada jam 2 petang, semalam.

“Ketika tiba di rumah, saya pelik kerana biasanya pintu berkunci tetapi hari ini (semalam) pintu dapur tidak berkunci dan ibu juga tidak kelihatan. Apabila naik ke tingkat atas saya terkejut apabila melihat emak terbaring dalam bilik.

“:Emak dipercayai sudah meninggal dunia lalu saya terus menghubungi adik lelaki, Yaman Salleh, 42, untuk memaklumkan kejadian itu dan apabila tiba, dia mengangkat mayat emak ke ruang tamu sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Kota Bharu,” katanya ketika ditemui :Wakaf Timur: di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II, semalam.

Menurutnya, pintu belakang rumah ibunya itu terbuka manakala mayat ibunya didakwa terdapat kesan lebam pada leher dan pergelangan tangan dipercayai dicekik manakala cincin yang dipakai mangsa hilang.
Reblog this post [with Zemanta]