Tuesday, May 19, 2009

Warga Emas Ditemui Mati Dengan Kesan Lebam

KOTA BHARU – Seorang guru terkejut apabila menemui mayat ibunya yang berusia 84 tahun terbaring di dalam bilik di rumahnya di Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini, semalam dengan kesan lebam di pergelangan tangan.

Mayat Zaharah Sulong ditemui oleh anaknya, Zubaidah Salleh, 40-an ketika baru pulang dari mengajar di sebuah sekolah menengah dekat sini, pada jam 2 petang, semalam.

“Ketika tiba di rumah, saya pelik kerana biasanya pintu berkunci tetapi hari ini (semalam) pintu dapur tidak berkunci dan ibu juga tidak kelihatan. Apabila naik ke tingkat atas saya terkejut apabila melihat emak terbaring dalam bilik.

“:Emak dipercayai sudah meninggal dunia lalu saya terus menghubungi adik lelaki, Yaman Salleh, 42, untuk memaklumkan kejadian itu dan apabila tiba, dia mengangkat mayat emak ke ruang tamu sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Kota Bharu,” katanya ketika ditemui :Wakaf Timur: di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II, semalam.

Menurutnya, pintu belakang rumah ibunya itu terbuka manakala mayat ibunya didakwa terdapat kesan lebam pada leher dan pergelangan tangan dipercayai dicekik manakala cincin yang dipakai mangsa hilang.
Reblog this post [with Zemanta]

0 comments: