Thursday, May 24, 2007

Benarkah Kota Bharu Bandaraya Islam????

"Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul" . "Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing belari" itulah yang saya dapat gambarkan kepada pemimpin PAS yang pernah ditangkap khalwat. Ya lah kalau pemimpin tu dah perangai macam setan dah tentu perangai anak buahnya macam Iblis.






Kota Bharu sebuah bandaraya yang digelar Bandaraya Islam merupakan ibu negeri Kelantan yang tersohor dengan ketekunan kaum hawanya mencari rezeki halal dengan berniaga. Namun, apakah layak Kota Bharu digelar sedimikian saya akan memberikan sedikit pandangan saya mengenai Kota Bharu Bandaraya Islam.
Memang penulis menyokong penubuhan Bandaraya Islam tetapi ada perkara-perkara yang sepatutnya dan kelemahan sepatutnya diperbaiki dan di kaji secara mendalam. Perkara-perkara berikut ialah:
Maksiat:-
Maksiat masih berleluasa dan semakin hari semakin bertambah kes khalwat itu tak termasuk kes khalwat yang tidak ditangkap kerana kurangnya penguatkuasaan di kawasan tertentu. Kerajaan negeri hanyalah menggunakan publisiti murahan dengan menjaja kes-kes tangkapan khalwat yang berjaya di tangkap ke dalam dada akhbar, kalau setakat mahu tunjuk buat kerja sahaja janganlah tetapi buat kerja biar betul-betul. Kenapa kes khalwat masih ada di Kota Bharu? Jawapanya mudah suatu ketika dahulu ada pemimpin PAS yang ditangkap khalwat kebanyakkan orang ramai di negeri ini menganggap pemimpin PAS idola mereka jadi mereka ikutlah apa yang pemimpin PAS buat kata orang "Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul" . "Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing belari" itulah yang saya dapat gambarkan kepada pemimpin PAS yang pernah ditangkap khalwat. Ya lah kalau pemimpin tu dah perangai macam setan dah tentu perangai anak buahnya macam Iblis.
Judi:-
Masih banyak pusat judi haram berleluasa di Kota Bharu, kerajaan negeri perlu mengambil serius perkara ini jangan asyik nak buat ceramah sahaja. Kuatkuasakan undang-undang perhebatkan lagi usaha-usaha memerangi perjudian. Kalau setakat bercakap sahaja tiada guna kerana budak tadika pun boleh bercakap. Buat sesuatu perkara biarlah dengan serius jangan sekadar nak popular dan nak pancing undi sahaja. PilihanRaya tu sebahagian daripada orang yang ingin kebendaan boleh lupakan sengketa politik tu dan cari jalan penyelesaian.
Mat Rempit:-
Mat rempit bermaharajalela di Kota Bharu, secara automatisnya banyak kes-kes jenayah dan rogol akan berlaku. Cari jalan supaya permasalahan ini dapat dibendung. Beri pendidikan yang sebetulnya kepada Mat Rempit jangan asyik nak 'menunding jari' sahaja. Sebelum nak kata kat orang tu, tengok kat kawasan sendiri dulu jangan nanti "Kuman seberang laut boleh nampak, gajah kat depan mata tak nampak".
Premis Arak:
Masih banyak premis-premis menjual arak beroperasi. Adakah layak Kota Bharu digelar Bandaraya Islam. Bagi penulis kalau nak jadi Islam kena betul-betullah islam janganlah jadi Islam kerana politik sahaja. Penulis ingin memberi contoh, Kalau anda betul-betul beragama Islam adakah anda akan minum arak? Anda tentu ada jawapanya.
Penyalahgunaan Kuasa:
Bagi pemimpin-pemimpin kerajaan negeri hentikan penyalahgunaan kuasa kerana ia akan meruntuhkan kerajaan pimpinan anda.
Penyalahgunaan Dadah:
Kurangkan bilangan penagih dadah di Kota Bharu tidak kiralah dadah konvesional ataupun dadah generasi baru seperti Pil Kuda. Dengan mengurangkan bilangan penagih dadah sekaligus ia akan mengurangkan bilangan kes-kes jenayah di bandar ini. Jangan asyik nak salahkan kerajaan persekutuan sahaja kerana itu adalah perangai budak-budak. Kenapa saya kata itu perangai budak-budak? Jawapanya mudah dalam ramai budak-budak tengah asyik bermain tiba-tiba pintu tingkap rumah anda pecah. Anda pun keluar bertanya Siapa yang buat ni" pasti mereka saling tuding-menunding antara satu sama lain sebab itulah saya kata perangai macam budak-budak.
Penulis merasakan setakat ini sahaja pandangan penulis pada hari ini. Semoga anda semua mengambil ikhtibar dari tulisan ini.

Enam Pengetua Sembunyi Kes Disiplin diarah Beri Penjelasan

‘‘Kementerian akan menyiasat aduan-aduan berkenaan dan jika didapati pengetua-pengetua itu sengaja menyembunyikan kes-kes disiplin itu, mereka akan dikenakan tindakan tatatertib,” Datuk Noh Omar, Timbalan Menteri Pelajaran

KUALA TERENGGANU 23 MeiKementerian Pelajaran mengarahkan enam pengetua sekolah menengah memberi penjelasan ekoran tindakan secara terang-terangan menyembunyikan kes disiplin di sekolah mereka.
Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, pengetua-pengetua itu didapati tidak mengambil tindakan terhadap kes-kes disiplin yang berlaku di sekolah mereka, malah menyembunyikannya daripada pengetahuan kementerian.
Menurut beliau, tindakan pengetua-pengetua berkenaan disedari selepas kementerian mendapat aduan dan maklumat daripada beberapa saluran termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan laman web kementerian.
‘‘Kementerian akan menyiasat aduan-aduan berkenaan dan jika didapati pengetua-pengetua itu sengaja menyembunyikan kes-kes disiplin itu, mereka akan dikenakan tindakan tatatertib,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kolokium Pemimpin Kelab Pencegahan Jenayah di Dataran Shahbandar, di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar KOSMO! pada 20 Mei lalu berhubung arahan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Fu Ah Kiow supaya pengetua dan guru besar segera melaporkan sebarang aktiviti berunsur gangsterisme kepada polis bagi mengelak aktiviti itu berleluasa.
Dalam pada itu, Noh berkata, kempen kesedaran yang dianjurkan oleh kementerian tahun lepas berjaya menurunkan kes-kes disiplin melibatkan pelajar-pelajar sekolah.
Beliau menambah, kes pelajar digantung sekolah menurun sebanyak 0.5 peratus kepada 0.4 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya, manakala kes pelajar dibuang sekolah pula menurun daripada 0.4 peratus pada 2005 kepada 0.2 peratus tahun lalu.
‘‘Statistik yang melibatkan kira-kira lima juta pelajar dan murid sekolah itu turut menyaksikan penurunan dalam kes hukuman rotan iaitu daripada 3.8 peratus pada 2005 kepada 1.4 peratus tahun lepas dan kes buli turut menurun sebanyak 0.01 peratus kepada 0.02 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya,” ujarnya.
Beliau berkata, statistik berkenaan memberikan semangat kepada kementerian untuk meneruskan usaha memberikan kesedaran kepada para pelajar dan murid sekolah daripada melibatkan diri dalam kegiatan negatif.
‘‘Justeru, kerajaan telah meluluskan kira-kira RM6 juta pada tahun ini kepada Jawatankuasa Induk Disiplin kementerian untuk melaksanakan projek-projek khas termasuk kempen kesedaran,” katanya.

Najib: BN Terus popular

‘‘Dari kelima-lima pilihan raya ini, sudah jelas
pembangkang sudah tiada di hati rakyat. Parti pembangkang sudah tidak releven
lagi. Kalau boleh, kita boleh sebut selamat tinggal parti pembangkang,”
Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana
Menteri Malaysia


Pada pilihan raya kecil Kuala Berang dan Pengkalan
Pasir, BN telah menang ke atas calon Pas, manakala di Batu Talam berdepan dengan
calon bebas setelah parti-parti pembangkang memboikotnya.‘‘Di Machap pula
selepas boikot, mereka tanpa malu-malu letakkan calon DAP. Tapi sekali lagi kita
mendapat kemenangan besar. Di Ijok, PKR juga mengalami kekalahan.‘‘Saya percaya
pilihan raya umum akan datang ini, BN akan terus dipilih oleh rakyat untuk
memerintah negara,” kata beliau.Timbalan Perdana Menteri juga berkata, pilihan
raya kecil Machap telah memberikan kepuasan kepada dirinya yang turut mengetuai
jentera BN.‘‘Sebab pilihan raya ini menunjukkan kekuatan semangat BN di mana (BN
meletak) calon MCA, Lai Meng Chong. Bukan sahaja MCA yang sokong, UMNO juga
bekerja kuat, MIC juga bekerja keras termasuk dari negeri-negeri lain,” Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri
Malaysia


ALOR GAJAH 23 MeiDatuk Seri Najib Razak berkata, tiada siapa boleh menafikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) masih popular dan masih mendapat sokongan padu di kalangan rakyat.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, kalau ada pihak yang memperlekehkannya, ia telah dibuktikan melalui lima pilihan raya kecil yang diadakan sejak 2004.
‘‘Keputusan-keputusan ini tidak boleh dipertikaikan sebab ia suara rakyat dari Kuala Berang (Terengganu) sehingga ke Ijok (Selangor). Suara sokongan kepada BN,” kata Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran kemenangan BN pada pilihan raya kecil Machap, di Felda Tun Ghafar Machap, di sini malam ini.
Turut hadir, Ketua Menteri Melaka yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn; Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Machap, Lai Meng Chong.
Pada pilihan raya kecil Machap, 12 April lalu, BN menang dengan majoriti 4,081 undi dengan calon BN, Meng Chong memperoleh 5,533 undi mengalahkan calon DAP, Liou Chen Kuang yang mendapat 1,452 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakilnya, Datuk Wira Poh Ah Tiam pada 15 Mac akibat sakit buah pinggang dan kanser.
Najib berkata, pada lima pilihan raya kecil itu iaitu Kuala Berang (Terengganu), Pengkalan Pasir (Kelantan), Batu Talam (Pahang), Machap (Melaka) dan di Ijok, Selangor BN telah mencapai kemenangan besar.
‘‘Dari kelima-lima pilihan raya ini, sudah jelas pembangkang sudah tiada di hati rakyat. Parti pembangkang sudah tidak releven lagi. Kalau boleh, kita boleh sebut selamat tinggal parti pembangkang,” kata beliau yang kemudian mendapat sorakan padu dari 5,000 orang yang hadir.
Timbalan Perdana Menteri berkata, penolakan rakyat terhadap pembangkang jelas ditunjukkan apabila BN mampu mencatat kemenangan cemerlang di kelima-lima pilihan raya kecil itu, walaupun dari parti pembangkang mana sekalipun baik Pas, DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menang
Pada pilihan raya kecil Kuala Berang dan Pengkalan Pasir, BN telah menang ke atas calon Pas, manakala di Batu Talam berdepan dengan calon bebas setelah parti-parti pembangkang memboikotnya.
‘‘Di Machap pula selepas boikot, mereka tanpa malu-malu letakkan calon DAP. Tapi sekali lagi kita mendapat kemenangan besar. Di Ijok, PKR juga mengalami kekalahan.
‘‘Saya percaya pilihan raya umum akan datang ini, BN akan terus dipilih oleh rakyat untuk memerintah negara,” kata beliau.
Timbalan Perdana Menteri juga berkata, pilihan raya kecil Machap telah memberikan kepuasan kepada dirinya yang turut mengetuai jentera BN.
‘‘Sebab pilihan raya ini menunjukkan kekuatan semangat BN di mana (BN meletak) calon MCA, Lai Meng Chong. Bukan sahaja MCA yang sokong, UMNO juga bekerja kuat, MIC juga bekerja keras termasuk dari negeri-negeri lain,” kata Najib.
Sementara itu, pada majlis tersebut peti undi Kemuning telah diumumkan sebagai peti undi terbaik pada pilihan raya kecil Machap apabila 96.6 peratus pengundinya menyokong BN sementara Solok Menggong pula diumumkan sebagai peti undi paling ramai keluar mengundi iaitu 85.5 peratus.

Kelantan Ikut Pusat Mesyuarat Exco Hari ini Tentukan Peratusan Kenaikan Gaji

"Kerajaan pusat sudah umumkan kenaikan gaji bagi semua kakitanganya tetapi kita masih dalam peringkat akhir perbincangan berapa (jumlah peratusan nak tambah)". "Tengoklah dalam sehari dua lagi kita umumkan. Hari ini Exco akan bermesyuarar mingguan dan soal kenaikan gaji akan dibincang" Datuk Hussam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, dan Pembangunan Masyarakat negeri Kelantan


"Walaupun kita akan selaraskan, tetapi ia masih dalam perkiraan berapa peruntukkan yang akan dibelanjakan dengan kenaikan itu. Dulu kita ikut atau guna pakai kaedah gaji Kerajaan Pusat. Mereka naik 10% kita pun naik 10%" Datuk Hussam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, dan Pembangunan Masyarakat negeri Kelantan




KOTA BHARU - Kerajaan negeri akan mengumumkan kenaikan gaji bagi kesemua kakitangan jabatan dan agensi di negeri ini selewat-lewatnya esok atau lusa, kata Pengerusi Jawatankuasa Petadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Hussam Musa.
Bagaimanapun katanya, jumlah peratusan kenaikan gaji masih dalam peringkat kajian akhir oleh Bahagian Kewangan negeri. "Kerajaan pusat sudah umumkan kenaikan gaji bagi semua kakitanganya tetapi kita masih dalam peringkat akhir perbincangan berapa (jumlah peratusan nak tambah)". "Tengoklah dalam sehari dua lagi kita umumkan. Hari ini Exco akan bermesyuarar mingguan dan soal kenaikan gaji akan dibincang" katanya ketika dihubungi semalam.
Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan lapan kategori kakitangan awam layak mendapat kenaikan gaji antara 7.5 - 35 peratus mulai 1 Julai ini. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, mereka yang layak menerima kenaikkan gaji ialah pegawai di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti pegawai tetap, pegawai kontrak, pegawai sementara, pegawai sambilan, guru sambilan dan pegawai khidmat singkat. Ia juga meliputi pegawai yang bercuti belajar gaji penuh, separuh gaji dan tanpa gaji, dan pegawai yang dipinjamkan atau yang ditukar sementara.
Hussam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kijang berkata, kerajaan negeri mungkin menyelaraskan kenaikan gaji Kerajaan Pusat iaitu 7.5% - 30% mengikut skim masing-masing. "Walaupun kita akan selaraskan, tetapi ia masih dalam perkiraan berapa peruntukkan yang akan dibelanjakan dengan kenaikan itu. Dulu kita ikut atau guna pakai kaedah gaji Kerajaan Pusat. Mereka naik 10% kita pun naik 10%" katanya. Sementara itu dalam perkembangang berkaitan, Husam meminta kerajaan pusat menurunkan semula harga petrol dan diesel kerana bimbang akan menjadi dorongan kepada pihak tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang sehingga membebankan orang ramai terutama kakitangan awam.