Thursday, May 24, 2007

Najib: BN Terus popular

‘‘Dari kelima-lima pilihan raya ini, sudah jelas
pembangkang sudah tiada di hati rakyat. Parti pembangkang sudah tidak releven
lagi. Kalau boleh, kita boleh sebut selamat tinggal parti pembangkang,”
Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana
Menteri Malaysia


Pada pilihan raya kecil Kuala Berang dan Pengkalan
Pasir, BN telah menang ke atas calon Pas, manakala di Batu Talam berdepan dengan
calon bebas setelah parti-parti pembangkang memboikotnya.‘‘Di Machap pula
selepas boikot, mereka tanpa malu-malu letakkan calon DAP. Tapi sekali lagi kita
mendapat kemenangan besar. Di Ijok, PKR juga mengalami kekalahan.‘‘Saya percaya
pilihan raya umum akan datang ini, BN akan terus dipilih oleh rakyat untuk
memerintah negara,” kata beliau.Timbalan Perdana Menteri juga berkata, pilihan
raya kecil Machap telah memberikan kepuasan kepada dirinya yang turut mengetuai
jentera BN.‘‘Sebab pilihan raya ini menunjukkan kekuatan semangat BN di mana (BN
meletak) calon MCA, Lai Meng Chong. Bukan sahaja MCA yang sokong, UMNO juga
bekerja kuat, MIC juga bekerja keras termasuk dari negeri-negeri lain,” Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri
Malaysia


ALOR GAJAH 23 MeiDatuk Seri Najib Razak berkata, tiada siapa boleh menafikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) masih popular dan masih mendapat sokongan padu di kalangan rakyat.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, kalau ada pihak yang memperlekehkannya, ia telah dibuktikan melalui lima pilihan raya kecil yang diadakan sejak 2004.
‘‘Keputusan-keputusan ini tidak boleh dipertikaikan sebab ia suara rakyat dari Kuala Berang (Terengganu) sehingga ke Ijok (Selangor). Suara sokongan kepada BN,” kata Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran kemenangan BN pada pilihan raya kecil Machap, di Felda Tun Ghafar Machap, di sini malam ini.
Turut hadir, Ketua Menteri Melaka yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn; Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Machap, Lai Meng Chong.
Pada pilihan raya kecil Machap, 12 April lalu, BN menang dengan majoriti 4,081 undi dengan calon BN, Meng Chong memperoleh 5,533 undi mengalahkan calon DAP, Liou Chen Kuang yang mendapat 1,452 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakilnya, Datuk Wira Poh Ah Tiam pada 15 Mac akibat sakit buah pinggang dan kanser.
Najib berkata, pada lima pilihan raya kecil itu iaitu Kuala Berang (Terengganu), Pengkalan Pasir (Kelantan), Batu Talam (Pahang), Machap (Melaka) dan di Ijok, Selangor BN telah mencapai kemenangan besar.
‘‘Dari kelima-lima pilihan raya ini, sudah jelas pembangkang sudah tiada di hati rakyat. Parti pembangkang sudah tidak releven lagi. Kalau boleh, kita boleh sebut selamat tinggal parti pembangkang,” kata beliau yang kemudian mendapat sorakan padu dari 5,000 orang yang hadir.
Timbalan Perdana Menteri berkata, penolakan rakyat terhadap pembangkang jelas ditunjukkan apabila BN mampu mencatat kemenangan cemerlang di kelima-lima pilihan raya kecil itu, walaupun dari parti pembangkang mana sekalipun baik Pas, DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menang
Pada pilihan raya kecil Kuala Berang dan Pengkalan Pasir, BN telah menang ke atas calon Pas, manakala di Batu Talam berdepan dengan calon bebas setelah parti-parti pembangkang memboikotnya.
‘‘Di Machap pula selepas boikot, mereka tanpa malu-malu letakkan calon DAP. Tapi sekali lagi kita mendapat kemenangan besar. Di Ijok, PKR juga mengalami kekalahan.
‘‘Saya percaya pilihan raya umum akan datang ini, BN akan terus dipilih oleh rakyat untuk memerintah negara,” kata beliau.
Timbalan Perdana Menteri juga berkata, pilihan raya kecil Machap telah memberikan kepuasan kepada dirinya yang turut mengetuai jentera BN.
‘‘Sebab pilihan raya ini menunjukkan kekuatan semangat BN di mana (BN meletak) calon MCA, Lai Meng Chong. Bukan sahaja MCA yang sokong, UMNO juga bekerja kuat, MIC juga bekerja keras termasuk dari negeri-negeri lain,” kata Najib.
Sementara itu, pada majlis tersebut peti undi Kemuning telah diumumkan sebagai peti undi terbaik pada pilihan raya kecil Machap apabila 96.6 peratus pengundinya menyokong BN sementara Solok Menggong pula diumumkan sebagai peti undi paling ramai keluar mengundi iaitu 85.5 peratus.

0 comments: