Thursday, May 24, 2007

Kelantan Ikut Pusat Mesyuarat Exco Hari ini Tentukan Peratusan Kenaikan Gaji

"Kerajaan pusat sudah umumkan kenaikan gaji bagi semua kakitanganya tetapi kita masih dalam peringkat akhir perbincangan berapa (jumlah peratusan nak tambah)". "Tengoklah dalam sehari dua lagi kita umumkan. Hari ini Exco akan bermesyuarar mingguan dan soal kenaikan gaji akan dibincang" Datuk Hussam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, dan Pembangunan Masyarakat negeri Kelantan


"Walaupun kita akan selaraskan, tetapi ia masih dalam perkiraan berapa peruntukkan yang akan dibelanjakan dengan kenaikan itu. Dulu kita ikut atau guna pakai kaedah gaji Kerajaan Pusat. Mereka naik 10% kita pun naik 10%" Datuk Hussam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, dan Pembangunan Masyarakat negeri Kelantan




KOTA BHARU - Kerajaan negeri akan mengumumkan kenaikan gaji bagi kesemua kakitangan jabatan dan agensi di negeri ini selewat-lewatnya esok atau lusa, kata Pengerusi Jawatankuasa Petadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Hussam Musa.
Bagaimanapun katanya, jumlah peratusan kenaikan gaji masih dalam peringkat kajian akhir oleh Bahagian Kewangan negeri. "Kerajaan pusat sudah umumkan kenaikan gaji bagi semua kakitanganya tetapi kita masih dalam peringkat akhir perbincangan berapa (jumlah peratusan nak tambah)". "Tengoklah dalam sehari dua lagi kita umumkan. Hari ini Exco akan bermesyuarar mingguan dan soal kenaikan gaji akan dibincang" katanya ketika dihubungi semalam.
Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan lapan kategori kakitangan awam layak mendapat kenaikan gaji antara 7.5 - 35 peratus mulai 1 Julai ini. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, mereka yang layak menerima kenaikkan gaji ialah pegawai di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti pegawai tetap, pegawai kontrak, pegawai sementara, pegawai sambilan, guru sambilan dan pegawai khidmat singkat. Ia juga meliputi pegawai yang bercuti belajar gaji penuh, separuh gaji dan tanpa gaji, dan pegawai yang dipinjamkan atau yang ditukar sementara.
Hussam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kijang berkata, kerajaan negeri mungkin menyelaraskan kenaikan gaji Kerajaan Pusat iaitu 7.5% - 30% mengikut skim masing-masing. "Walaupun kita akan selaraskan, tetapi ia masih dalam perkiraan berapa peruntukkan yang akan dibelanjakan dengan kenaikan itu. Dulu kita ikut atau guna pakai kaedah gaji Kerajaan Pusat. Mereka naik 10% kita pun naik 10%" katanya. Sementara itu dalam perkembangang berkaitan, Husam meminta kerajaan pusat menurunkan semula harga petrol dan diesel kerana bimbang akan menjadi dorongan kepada pihak tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang sehingga membebankan orang ramai terutama kakitangan awam.

0 comments: