Tuesday, May 19, 2009

Penduduk Lihat Kelibat Ayah Pin



Ketua Ajaran Sesat Kerajaan Langit yang bermarkas di Kampung Batu 13, Besut, Terengganu tidak lama dahulu iaitu Ariffin Mohammad yang turut dikenali dengan panggilan "Ayah Pin" dikatakan di lihat di sekitar kawasan Markas beiau di Kg. Batu 13, Besut, Terengganu.

Penduduk setempat mendakwa mereka ada terlihat kelibat "Ayah Pin" beberapa hari yang lalu. Beliau yang sebelum ini pernah menjadi buruan pihak berkuasa dan meloloskan diri ketika markas ajaran sesatnya diroboh polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada 31 Julai 2005.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut memberitahu bahawa beliau ada mendapat maklumat beberapa penduduk setempat yang mendakwa melihat kelibat Ayah Pin kembali tinggal di Perkampungan Kerajaan Langit. Tambah beliau lagi Ayah Pin didakwa sering berulang-alik ke perkampungan orang Asli di Gua Musang, Kelantan kerana dikatakan mempunyai ramai pengikut di sana. "Saya menerima banyak maklumat orang ramai yang melihat Ayah Pin kembali ke markas asalnya sejak sebulan lalu dan perkembangan ini sesuatu yang amat membimbangkan" tambah beliau lagi.

“Keadaan usia Ayah Pin yang sudah mencecah 69 tahun selain kesihatannya yang uzur mungkin menyebabkan pihak berkuasa tidak lagi perlu mengambil tindakan.

“Saya dimaklumkan ketika ini markasnya tidak aktif menganjurkan aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai kerana Ayah Pin tidak aktif dan sihat seperti dulu,” katanya.

Tinjauan ke markas berkenaan mendapati ia kini dalam keadaan tidak terurus dan sunyi daripada sebarang aktiviti.



Reblog this post [with Zemanta]

0 comments: