KOTA BHARU(Warkah Timur) - MAJLIS Jamuan Rakyat bersama PM Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Padang Kompleks Sekolah-Sekolah Kota Bharu, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu Kelantan dihadiri oleh lebih daripada 20,000 orang pengunjung.
Sebelum itu, Perdana Menteri merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Empat Peringkat di tempat yang sama. Majlis pada hari ini dimulakan dengan ucapan Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Datuk Fatmi Salleh (juga Setiausaha Politik PM) dan menyatakan slogan UMNO Bahagian Kota Bharu iaitu 1UMNO 1Kota Bharu yang direka berdasarkan konsep 1Malaysia.
Majlis itu diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Mustapha Mohammedyang lebih mesra dipanggil Datuk Pa. Datuk Pa didalam ucapanya turut menyampaikan Visi Badan Perhubungan UMNO Kelantan iaitu Misi PRU13 dan kebangkitan UMNO Kelantan bermula di Manek Urai.
PM Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmianya menyatakan beliau berterima kasih kepada YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan kerana sudi menyambutnya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Beliau juga turut berpesan kepada Tok Guru agar menjaga hati orangUMNO .
Beliau menyifatkan matlamat perjuanganUMNO dan PAS adalah sama cuma mengikut landasan yang berbeza, "UMNO mengikut landasan kita, PAS pula mengikut mengikut landasan mereka tetapi matlamat kita adalah sama".
Jamuan Rakyat itu berjalan lancar walaupun ada pengunjungyang melahirkan rasa tidak puas hati berhubung tiada makanan alas perut yang disediakan untuk pengunjung sementara menunggu jamuan itu diadakan, untuk rekod rata-rata mengungjung datang ke majlis ini sejak awal pagi dengan perut kosong dan menyebabkan mereka terpaksa makan lebih awal dari Perdana Menteri dan mereka berharap di masa-masa akan datang mereka lebih prihatin tentang hal-hal remeh seperti ini.
Sebelum itu, Perdana Menteri merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Empat Peringkat di tempat yang sama. Majlis pada hari ini dimulakan dengan ucapan Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Datuk Fatmi Salleh (juga Setiausaha Politik PM) dan menyatakan slogan UMNO Bahagian Kota Bharu iaitu 1UMNO 1Kota Bharu yang direka berdasarkan konsep 1Malaysia.
Majlis itu diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Mustapha Mohammed
PM Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmianya menyatakan beliau berterima kasih kepada YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan kerana sudi menyambutnya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Beliau juga turut berpesan kepada Tok Guru agar menjaga hati orang
Beliau menyifatkan matlamat perjuangan
Jamuan Rakyat itu berjalan lancar walaupun ada pengunjung
0 comments:
Post a Comment