Image via WikipediaDiberitakan bahawa
Majlis Tertinggi
UMNO akan bermesyuarat lagi esok di dalam Persidangan
Khas Majlis Tertinggi
UMNO hanya beberapa hari selepas Mesyuarat MT diadakan baru-baru ini. Mengikut sumber-sumber yang diketahui penulis Mesyuarat tersebut dikatakan akan membincangkan untuk menangguhkan Pemilihan
Agung UMNO yang dijadual berlangsung oktober ini sehinggalah Disember.
Penulis turut diberitahu bahawa mesyuarat MT
UMNO Khas itu juga akan membincangkan mengenai isu "
Peralihan Kuasa" yang dijadualkan akan dilakukan pada Jun 2010 dan mungkin akan diawalkan kepada Jun 2009. Namun, begitu maklumat ini masih dikira desas-desus tetapi sebagai langkah menyediakan payung sebelum hujan jadi penulis perlu mengulasnya dengan seberapa segera.
Penulis percaya ramai ahli
UMNO akar umbi tidak begitu senang dengan cadangan menangguhkan Pemilihan Agung
UMNO ini
tambahan pula ia seperti menyekat kemaraan calon-calon yang akan bertanding di Pemilihan Agung
UMNO yang bakal berlangsung.
Kenapa Presiden AAB mahu menagguhkan Pemilihan Agung UMNO?Kelmarin, penulis ada mendengar kenyataan NGO yang ditubuhkan untuk menyelamatkan Presiden AAB berkata yang "akar umbi masih mahukan Presiden AAB" tapi mengapa pula Presiden AAB takut hendak berhadapan dengan Pemilihan ini? Tiga patah perkataan keramat mungkin dapat menerangkan keadaan ini iaitu "
Berani Kerana Benar" dan "
Takut Kerana Salah".
Tindakan Presiden AAB dilihat oleh penulis sebagai tindakan tergesa-gesa untuk menyelamatkan kedudukanya dan menambah peluang dia terus berkuasa untuk 9 Bulan lagi sekiranya "
Peralihan Kuasa" yang begitu popular dan sering keluar dari mulut birat Presiden AAB.
Adakah Presiden AAB, dapat merasakan dia bakal tewas dalam Pemilihan Agung
UMNO Disember nanti dan menyebabkan beliau terpaksa memanggil Mesyuarat MT
UMNO Khas ini untuk menangguhkan Pemilihan tersebut.
Adakah kenyataan seorang negarawan yang juga "Putera Raja" membuatkan Presiden AAB takut untuk menghadapinya?.
Sekiranya Presiden AAB takut untuk menghadapinya ternyata Presiden AAB seorang Presiden
UMNO yang dayus, bacul dan pengecut.
Sepertimana yang kita tahu,
Putera Raja ini pernah bertanding untuk jawatan yang sama satu masa dahulu dengan
mantan Presiden UMNO yang sanggup berhadapan dengan pertandingan jawatan no 1 di dalam
UMNO itu.
Adakah Presiden AAB memerlukan masa untuk menyembunyikan sesuatu? Mungkinkah cubaan Presiden AAB untuk menangguhkan Pemilihan tersebut adalah disebabkan beliau ingin menyembunyikan sesuatu? Jika benar, lupakan saja kerana tindakan itu seolah-olah "
menyorokkan gumpalan kertas di bawah karpet" lambat laun orang akan tahu jua.
Sekiranya Presiden AAB berani menghadapi Pemilihan Agung
UMNO dalam tempoh yang telah ditetapkan mungkin kita boleh beri sedikit pujian kepadanya kerana mungkin dia berani kerana benar, tetapi jika sebaliknya sudah tentu dia salah.
Penulis tetap dengan pendirian penulis, Pemilihan Agung
UMNO hendaklah dibuat mengikut seperti mana yang telah dijadualkan dan tidak perlu di tangguh-tangguh lagi. Berapa kali nak ditangguh, selepas tangguh terus tangguh kemudian diteruskan dengan penangguhan. Perlu ingat
UMNO bukan parti tangguh menangguh.
Sedikit Nasihat Kepada Ahli UMNO akar umbi!Suarakan bantahan anda mengenai penangguhan Pemilihan Agung
UMNO Kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi agar mereka dapat mengekalkan Pemilihan Agung
UMNO sepertimana yang telah dijadualkan menerusi SMS terus kepada nombor-nombor Telefon Bimbit mereka:
012-3083000 012-2888899 012-3072151 012-7169559 012-2777111 019-2010000 019-6844444 019-5115005 019-7000007 019-5788888 019-4545111 0197000007 Hantarkan bantahan kepada mana-mana nombor yang anda suka, sekiranya mampu hantar kepada semua sekali. Beranikan Diri Anda untuk bersuara walaupun kita bukan NGO tetapi Perjuangan Kita Masih Belum Selesai. Selamat Berjuang, Berjuanglah selagi hidup!