Thursday, September 18, 2008

SAPP Keluar BN Tamparan Hebat Buat Abdullah


Sepertimana kita ketahui hari ini SAPP mengumumkan bahawa mereka mahu keluar dari Barisan Nasional dan menjadi Wakil Bebas dan tidak menyertai Pakatan Rakyat. Tindakan berani SAPP ini ternyata secara tidak langsung akan memberi 'tempias' pada Abdullah.

Ternyata cadangan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri dan juga mantan Presiden UMNO telah digunapakai oleh SAPP. Tindakan berani SAPP wajar dipuji sebab ini sahaja cara terbaik untuk 'mengejutkan Abdullah' dari tidurnya.

Secara tidak langsung, BN kehilangan dua kerusi lagi di Parlimen dan menjadikan bilangan untuk mencukupkan 2/3 majoriti sudah bertambah dari lapan ke sepuluh. Sepatutnya tindakan SAPP itu difahami dengan terang oleh Abdullah bukanya dibuat seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Nasib baik juga SAPP, menjadi Ahli Parlimen BEBAS dan bukanya menjadi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Tindakan ini sepatutnya Abdullah terjemahkan dalam tindakan seperti bersara daripada menjadi Perdana Menteri tak pun awal kan sedikit Pemilihan Agung UMNO biar ahli akar umbi yang menentukan kedudukanya sebagai Presiden UMNO.

0 comments: