Showing posts with label 16 september 2008. Show all posts
Showing posts with label 16 september 2008. Show all posts

Wednesday, September 10, 2008

Satu Tiang Perjuangan UMNO sudah tumbang semasa era Pak Lah

dipetik dari:
http://www.suaragenerasimuda.com

Sepertimana yang kita tahu, kenyataan Ketua UMNO Bukit Bendera iaitu Datuk Ahmad Ismail yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan beliau difitnah sebagai 'Racist' oleh bangsa lain yang membawa kepada tindakan penggantungan beliau selama tiga tahun ialah merupakan satu kezaliman yang telah dibuat terhadap Ketua UMNO Bukit Bendera itu.

Para pembaca yang budiman, sekiranya anda semua masih ingat 'tiang-tiang perjuangan' asal UMNO yang dikemukakan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah di dalam Mesyuarat Agung Khas UMNO Gua Musang beberapa bulan yang lalu. Terdapat tiga tiang perjuangan UMNO apabila ia diringkaskan menjadi 'Alif, Ba, Ta'.

Tidak perlu penulis jelaskan mengenai Alif dan Ta kerana penulis telah jelaskan dalam beberapa artikel penulis sebelum ini, kali ini penulis lebih berminat untuk bercerita mengenai tiang perjuangan UMNO yang dinamakan 'Ba' atau dengan lebih tepat lagi Bangsa Melayu.

Mempertahankan hak bangsa Melayu merupakan salah satu tujuan UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 di Istana Johor. Sebagai salah sebuah parti yang mewakili suara-suara orang Melayu memang sepatutnya ia mempertahankan orang Melayu.

Namun, sepertimana kata Iklan sebuah akhbar di televisyen "Zaman sudah berubah, dunia sudah maju" tiang BA yang menjadi salah satu tiang perjuangan UMNO sudah patah. Ini berikutan dengan tindakan penggantungan Ketua UMNO Bukit Bendera yang sememangnya bangsa Melayu selalu tiga tahun kerana pucuk pimpinan UMNO ketika ini sudah menjadi 'boneka' bangsa lain.

Dengan tindakan itu, jelas sekali UMNO tidak lagi mempertahankan nasib bangsa Melayu tetapi mengutamakan bangsa lain. Penulis berpendapat perkara ini terjadi kerana 'kelemahan pucuk pimpinan UMNO' dan pada masa yang sama penulis merasakan bagi mengelakkan permasalahan ini menjadi semakin runcing. Penulis juga menggesa agar Pemilihan Agung UMNO dipercepatkan.

KEGAGALAN MKT UMNO MEMBINCANGKAN KEMASUKKAN SEMULA TUN DR. MAHATHIR

Sepertimana yang kita maklum mantan Perdana Menteri yang juga mantan Presiden UMNO telah menyatakan kesediaanya untuk bersama dengan UMNO, namun perkara itu tidak dibincangkan oleh MKT UMNO kerana sepertimana yang saya kata UMNO sekarang lebih mementingkan bangsa lain.

Pernah anda ingat, bagaimana bekas Ketua Pemuda PKR yang ingin menyertai semula UMNO beberapa bulan yang lalu, kemasukkan beliau boleh diibaratkan umpama dihamparkan 'karpet merah' oleh Presiden AAB. Satu Mesyuarat MKT Khas diadakan untuk membincangkan kemasukkan beliau yang pernah bergelar 'Pengkhianat UMNO' tetapi apabila orang yang banyak jasanya kepada UMNO mahu kembali kepangkuan UMNO ia seolah-olah diberi layanan yang 'dingin' oleh Presiden AAB boleh dikatakan 'seperti Pak Lah melepaskan batuk ditangga sahaja'

Orang yang pernah memaki hamun UMNO diberi layanan seperti bidadari di syurga, tetapi orang yang pernah berjasa kepada UMNO diberi layanan seperti 'pengemis jalanan', jelas sekali pada masa ini Presiden AAB lebih mementingkan kedudukan berbanding 'perjuangan' UMNO.

Pemimpin seperti inilah perlu dibuang segera kerana ia bakal membuatkan UMNO rebah di pintu neraka. Ahli-ahli UMNO hendaklah membuat pertimbangan yang sewajarnya bagi menjamin UMNO terus relevan. Beranilah Berubah (meminjam cogankata Datuk Mukhriz) dan Fikir-Fikirkanlah.

Tuesday, September 9, 2008

Tun Dr. M Bakal Kembali Ke Pangkuan UMNO untuk beri sokongan pada Ku Li

Dipetik dari:
http://www.suaragenerasimuda.com

Petikan dari blog AM Ubaidah/Akramshah:

Tun Dr M Akan Menyertai Semula UMNO Untuk Menyokong Usaha KuLi Merebut Jawatan Presiden UMNO

Ingin saya memberi pengesahan di sini bahawa khabar angin yang kini tersebar melalui sms yang Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai kembali UMNO tidak lama lagi untuk menyokong usaha KuLi merebut jawatan Presiden UMNO Disember ini adalah berita yang sahih.
Untuk memastikan kesahihan berita ini, silalah sujuk kepada dua orang bekas Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Sabaruddin Chik. Niat kembalinya semula Tun Dr M ke UMNO ikhlas, untuk menyelamatkan negara dari ancaman kelembapan berterusan kepimpinan Pak Lah.
Soalnya sekarang, adakah kepimpinan UMNO akan dengan ikhlas menerima kembalinya Tun Dr M? Atau adakah pelbagai halangan dan 'spin' baru yang akan menjelma? Walau dalam bulan Ramadhan Mubarak? Kita saksikanlah nanti...
Kemaskini 1...
Desas-desus menyatakan yang Tan Sri Muhyiddin Yassin terlibat dalam usaha mengembalikan Tun Dr M ke pangkuan UMNO. Sekiranya benar, sudah tentu ia akan memperkuatkan kedudukan TS Muhyiddin untuk merebut apa-apa jawatan sekalipun dalam pemilihan UMNO kelak.
Menarik juga maklum-balas sms yang menyatakan pertandingan Presiden UMNO pada Disember ini mungkin sekali antara KuLi dan Najib. Bicara kegentingan UMNO selesai PRK Permatang Pauh tempohari, disusuli tindakan kepimpinan Bahagian-Bahagian UMNO Pulau Pinang mempertahankan kedudukan Dato' Ahmad Ismail dengan sinis membisik penolakan kepimpinan Pak Lah.
Persoalan kedua, mampukah 'hujan kain pelekat' yang pasti akan datang menyelamatkan Pak Lah sekarang?
Kemaskini 2...
Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim merebut kuasa menjelang 16 September adalah antara pemangkinkan usaha mengembalikan Tun Dr M ke UMNO. Ternyata Tun Dr M lebih berupaya menangkis dakyah Anwar dari kepimpinan sekarang. Antara sorotan yang membimbangkan masyarakat Melayu, baik UMNO, PAS mahupun berkecuali adalah kemungkinan kerajaan Anwar bermajoriti bukan Melayu dan bukan Islam!{http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/09/tun-dr-m-akan-menyertai-semula-umno.html}
Petikan dari Blog Rokckybru's / Ahiruddin Atan {http://rockybru.blogspot.com/}

Dr M to return to Umno, Ku Li for President


It's confirmed, Dr Mahathir is backing Tengku Razaleigh Hamzah to become the next President of Umno in December (read here). It is also true that Dr Mahathir will re-join Umno for this purpose. The man credited for persuading the former PM to return to the party is Muhyiddin Yasin (read here).
On Saturday, Mukhriz confirmed that he will stand in the way of Khairy Jamaluddin's dream to be the Umno Youth chief (read here). Two enter the fray.
{http://rockybru.blogspot.com/2008/09/dr-m-to-return-to-umno-ku-li-for.html}

Nampaknya daripada perkembangan-perkembangan yang ditunjukkan oleh blog-blog sepertimana di atas memungkinkan mantan Perdana Menteri yang juga Mantan Presiden UMNO akan balik ke pangkuan UMNO untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Calon Presiden UMNO untuk menentang Rejim Abdullah Haji Ahmad pada Pemilihan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.

Pada pandangan penulis, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan nama Ku Li kini mempunyai peluang yang makin cerah untuk membuat perubahan di dalam pucuk pimpinan sebuah parti keramat bagi orang Melayu iaitu UMNO.

Penulis sebelum ini pernah juga mencadangkan penyokong Ku Li dengan penyokong Ayahnda Tun Dr. Mahathir bergabung bagi merealisasikan impian untuk memberi kepimpinan baru menerajui UMNO dan bukan lagi Abdullah Haji Ahmad.

Alhamdullilah akhirnya cadangan penulis menjadi kenyataan apabila perkara ini direalisasikan oleh kedua-kedua pemimpin yang sudah bergelar negarawan ini. Terima kasih dan tahniah juga penulis ucapkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin yang berjaya membuat penggabungan ini. Mungkin ahli UMNO tidak perlu fikir dua kali untuk melantik beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO yang baru.

'Banjir Kain Pelikat' Abdullah semakin menjadi-jadi, namun tidak mustahil satu masa nanti orang akan muak dan jelak dengan 'kain pelikat Abdullah', mungkin pada kali ini kain pelikat tidak akan dapat lagi menyelematkan Abdullah bahkan ia bakal menjadi 'pembunuh' Abdullah.

Penulis sememangnya ternantikan-nantikan apakah perubahan yang bakal dibuat oleh Tengku Razaleigh sekiranya beliau berjaya menaiki takhta Presiden UMNO. Penulis berharap Tengku Razaleigh tidak akan mensia-siakan 'kemenangan beliau'.

Izinkan penulis melabelkan Tengku Razaleigh sebagai 'The New Era Leader From The Past' sesuai dengan statusnya sekarang yang sudah bergelar negarawan. Penulis juga amatlah berharap agar hasil gabungan dua kumpulan yang boleh dikatakan 'kumpulan gergasi' di dalam UMNO dapat menumbangkan kerajaan 'Pakatan Keluarga Abdullah' bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap terhadap UMNO khasnya dan Barisan Nasional amnya.