"I think something wrong" adakah anda semua menjadi iraq dan keadilan akan jadi boneka Amerika syarikat?" Berkenaan dengan rasuah orang keadilan sendiri pun mengamalkan rasuah. "Tak kan ketam nak mengajar anaknya berjalan betul. Tak payah lah berbohong lagi misi keadilan hanya inginkan kuasa"Warkah Timur
SEREMBAN, 26 Mei (Hrkh) - Pendedahan terhadap salah laku kerajaan dalam mengendalikan pilhan raya telah disaksikan sendiri oleh rakyat dengan penyertaan KeADILan dalam pilihan raya kecil dun Ijok pada April yang lalu.
"Ijok adalah sebuah kesaksian terhadap puluhan jutaan wang dicurah melimpah ruah, semua jentera kerajaan yang sewajarnya berkhidmat untuk rakyat telah dipergunakan untuk kepentingan parti pemerintah sewenang-wenangnya,"kata Presiden Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam intipati ucapan dasar Presiden sempena Kongres KeADILan kali keempat.
Hadir sama dalam majlis perasmian Kongres KeADILan kali ini ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Naib Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad; Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohamed Omar,Naib Presiden Kelab Penyokong PAS, Yau Con Seng selain tetamu dari kedutaan Amerika Syarikat.
Meneruskan ucapannya, beliau berkata tidak kurang ada pengundi yang diugut dan dibeli selain manipulasi daftar pemilih oelh SPR dan kerajaan BN bagi mengatur keputusan di Ijok.
Mengaturnya bukan sekadar untuk menang tetapi bagi memastikan yang mereka menang dengan majoriti yang tidak kurang satu undi pun dari Pilihan Raya Umum 2004 yang lalu.
Walaupun begitu, ujar Wan Azizah keadilan digeruni bukan sahaja dibarisi oleh "pimpinan kelas pertama" tetapi kerana dasar keadilan yang menjangkau batas kaum, agama dan kefahaman sempit.
Sepanjang pilihan raya berlangsung, kerajaan BN telah mengarahkan pasukan keselamatan baik dari sb(special Branch) dan FRU serta dibantu secara jijik oleh pihak media yang dikuasai oleh BN untuk menggambarkan keadilan dengan seburuk-buruk wajah.
Unsur-unsur 'gangsterism' dilihat sebagai elemen utama yang telah menjadi tembok pertahanan utama BN untuk menang, selain beliau turut mengingatkan suruhanjaya pilihan raya dan pihak polis supaya memikul amanah rakyat dengan adil dan telus.
Beliau juga bimbang jika keadaan berat sebelah ini berterusan maka tidak mustahil apa yang berlaku di filipina, dan beberapa negara di Afrika akan berulang di Malaysia.
Kerajaan BN juga digambarkan terdesak dengan tindakan-tindakan mereka sehingga sanggup menurap jalan hingga ke depan anak tangga tanpa henti hampir dua puliuah empat jam ketikan Pilihan Raya Kecil Dun Ijok.
Menurut Wan Azizah, kerajaan hari ini tidak putus-putus mencabar dan memperbodoh rakyat walaupun selepas menang besar pada tahun 2004, namun siapakah yang boleh bertindak atas kesombongan dan kerakusan pemerintah ini, ujarnya.
"Kalau mata menjadi saksi, maka apakah rakyat ditipu lagi?sekalipun kita tewas secara tipu tetapi sokongan rakyat dalam tempoh seouluh hari berkempen cukup membanggakan, kebangkitan rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Ijok sangat luar biasa," katanya.
Bagaimanapun pendokong perjuangan perlu berhati-hati kerana jika bergantung kepada semangat sahaja ia tidak akan memastikan kemenangan sebaliknya usaha dan gerak kerja perlu dijalankan, katanya.
Atas nama keadilan beliau menyeru seluruh ahli agar terus bekerja kuat menghadapi pilihan raya dan atas kesaksian Ijok, ahli perlu lebih bersedia dalam menghadapi pilihan raya umum ini nanti, katanya.
Bercakap mengenai persediaan pilihan raya umum bagi keadilan beliau berkata, setakat ini pimpinan tertinggi diperingkat akhir mengenalpasti kawasan parlimen dan dun yang akan ditandingi.
Justeru pemimpin diperingkat bahagian perlu mengumpulkan maklumat, data dan angka yang boleh menjadi panduan bagi mencappai keputusan muktamad, katanya.
"Setelah pemimpin membuat keputusan, janganlah hendaknya ada suara-suara yang berbaur perpecahan kerana barang apsti pihak lawan akan mengambil kesempatan terhadap situasi ini," tegasnya dengan disambut tepukan gemuruh perwakilan, pemerhati dan hadirin kongres.
Dalam isu yang lain, KeADILan membantah keras sikap kerajaan yang menjadikan anak muda 'kambing hitam' yang dipaparkan setiap hari di media massa,katanya.
Tundingan termasuk kepada mat-mat rempit adalah sebahagian daripada strategi psikologi pemerintah yang mahu memaksa anaka muda tunduk kepada mereka bagi menutup kegagalan kerajaan membendung masalah sosial,katanya.
"Rahsia kebangkitan dan kekuatan banyak bangsa di dunia adalah apabila mereka (anaka muda) dapat membebaskan diri dari ketidakmatangan yang ditunggangi sendiri sepertimana yang ditemukan oleh pemikir eropah, Immanuel Kant dalam esei bertajuk 'Apa Itu Pencerahan'," katanya.
Dalam menyentuh isu rasuah yang membelenggu negara hari ini, Wan Azizah berkata indeks persepsi rasuah di negara ini semakin meningkat kerana adanya komisyen kontrak tertentu yang disapu segelintir pemimpin dan peniaga di kalangan kroni pemerintah.
"Rasuah tetap rasuah walaupun diberi nama apa sekalipun termasuklah dengan nama 'komisyen' begitulah yang pernah diingatkan oleh Allahyarham Syed Hussien Al Attas dalam penulisan beliau 'Sociology of corruption'," katanya.
Bagi KeADILan, rasuah bukan sahaja merupakan musuh yang melemahkan sistem pemerintahan, malah ia akan menyebabkan sebuah negara musnah.
KeADILan secara konsisten akan menjuarai perjuangan menentang rasuah, tegasnya.
Pembukaan sidang kongres KeADILan kali ini meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat selain lebih 1500 perwakilan yang akan membahas usul, ucapan dasar, selain memilih pucuk kepimpinan parti.
Tidak kurang juga kehadiran wartawan dari pelbagai media dalam dan luar negeri yang membuat liputan lebih-lebih lagi kalpei ini Penasihat parti akan meneruskan niat untuk bertanding jawatan Presiden meskipun semalam Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak permohonan Anwar untuk sah bertanding bagi jawatan itu.

Warkah Timur:
Siapa sebenarnya gangster. Penulis nampak Keadilan yang gangster. Apa motif keadilan ditubuhkan? Apa yang penulis ingin nyatakan di sini penubuhan keadilan keadilan lebih kepada untuk mendapat kuasa kerana dulu telah kehilangan kuasa maklum sahajalah orang gila kuasa macamana. Lagi satu kedutaan Amerika Syarikat pun baik dengan keadilan "I think something wrong" adakah anda semua menjadi iraq dan keadilan akan jadi boneka Amerika syarikat?" Berkenaan dengan rasuah orang keadilan sendiri pun mengamalkan rasuah. "Tak kan ketam nak mengajar anaknya berjalan betul. Tak payah lah berbohong lagi misi keadilan hanya inginkan kuasa.
0 comments:
Post a Comment