Tuesday, November 24, 2009

Irfan Pelakon Teater Cilik Berbakat....


PADA Isnin 23 November satu persembahan teater kanak-kanak telah diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kelantan di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu Kelantan. Pementasan teater itu disempurnakan oleh Kumpulan Teater Anak Merbau atau ringkasnya A.N.T.H.E.M.

Rata-rata pelakon yang menjayakan Teater yang berjudul Pesona Mimpi yang mengisahkan anak seorang tok dalang Wayang Kulit yang tidak minat dengan Wayang Kulit tetapi lebih minat kepada Wayang Gambar dan juga perangai mengada-ngada dan terlalu mengikuti perkembangan fesyen yang terkini memang berbakat.

Dalam pada itu, Warkah Timur mendapati salah seorang pelakon yang melakonkan watak Ayah Siti Dewi dalam Teater Tersebut memang berbakat besar dan berpotensi menjadi Pelakon Teater Profesional mungkin adalah elok dia diberi peluang bergandingan bersama salah seorang pelakon teater terkenal yang berlakon dalam pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Ali Baba iaitu Ahmad Zaidyansjah Rudd Yansjah.

Pihak yang bertanggungjawab dalam persembahan teater terutamanya Istana Budaya tidak boleh mensia-siakan permata berkilau yang berasal dari Kg. Sungai Bodor, Kota Bharu, Kelantan ini.

Walaupun beberapa tempat di Kota Bharu ditenggelami air, namun kehadiran penonton untuk menyaksikan pementasan teater tersebut memang boleh dibanggakan. Mungkin selepas ini pihak penganjur boleh meneruskan pementasan teater tersebut di sekitar Kota Bharu.

0 comments: