Friday, September 5, 2008

Surat Ku Li Kepada Menteri Luar Malaysia

TERJEMAHAN TIDAK RASMI

YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Menteri Luar Negeri
Kementerian Luar Negeri
No 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62602 PUTRAJAYA Post & Fax No 8889 2855

Saya membaca akhbar hari ini yang anda telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa anda akan menghormati keputusan ICJ dan Malaysia akan melibatkan diri dalam perbincangan teknikal mengenai pelbagai aspek di zon yang didakwa Singapura sebagai wilayah perairan dan ekonomi mereka.

Tidak syak lagi ini telah dibuat dengan kelulusan Perdana Menteri dan Kabinet.

Saya ingin melahirkan rasa tidak gembira dengan timbangtara antarabangsa mengenai keputusan Pulau Batu Putih.

Saya terkejut dan kecewa yang kepentingan johor yang tidak pernah dibawa untuk perhatian mahkamah.

Mungkin saya sepatutnya menunjukkan untuk anda bahawa Malaysia adalah satu Federasi negeri-negeri berdaulat dan Johor mengekalkan kuasa wilayah di beberapa perkara, termasuk nya lautan wilayah. Perkara ini adalah amat penting.

Ia adalah untuk sebab ini yang saya berfikir bahawa prosiding timbangtara adalah masih tidak lengkap. Johor mempunyai satu hak menjadi satu pihak untuk prosiding ini dan untuk mencari perbezaan-perbezaan mustahak, terutamanya berkaitan dengan mengenai kedaulatan sekeliling lautan Batu Putih, yang telah selalu berada dalam tangan-tangan Johor dan tidak pernah pasrah untuk Kerajaan orang British ataupun ke Singapura.

Dengan menyatakan yang anda menerima keputusan ICJ tanpa sebarang bantahan, dan perkecimpungan dalam perbincangan teknikal dengan Singapura di perkara-perkara yang melibatkan kedaulatan Johor, Kerajaan telah komited satu pencerobohan yang serius hak-hak Constitutional negeri Johor.

Saya berharap kerajaan hendaklah menahan diri daripada membuat apa-apa kenyataan lanjut atau perkecimpungan dalam perbincangan teknikal dengan Singapura di perkara-perkara ini.

Saya ingin merakamkan kekecewaan dan tidak setuju saya cara yang mana Kerajaan telah menjalankan kes dalam ICJ dan perbuatan kemudiannya.

Ini ialah barang-barang bernilai berhubung kedaulatan dan akibat-akibat yang terdapat serius jika kelakuan seperti sekarang diteruskan.


Yang Ikhlas,

YBM Tengku Razaleigh Hamzah

http://www.suaragenerasimuda.com

Sunday, August 10, 2008

Tahniah Wira-Wira Islam Malaysia

Semalam satu perhimpunan diadakan bagi membantah Forum "Memeluk Islam" Majlis peguam yang berlangsung semalam. Forum yang mencetuskan kontroversi itu telah mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak termasuklah penulis sendiri yang mencadangkan supaya memboikot khidmat peguam yang bernaung di bawah Majlis Peguam atau Bar Council.

Bebeberapa siri forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam sebelum ini mengundang pelbagai kontroversi, seolah-olah mereka tidak prihatin dengan kehendak umat majoriti negara ini. Sebagai pengamal undang-undang sepatutnya menghormati Perlembagaan Malaysia yang sememangnya ada kena mengena dengan undang-undang. Sudah tentu pelik bukan kalau pengamal undang-undang tidak menghormati undang-undang.

Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada wira-wira Islam yang berjuang untuk membatalkan forum yang melibatkan sensitiviti kita sebagai umat Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam tersebut. Keberanian mereka memang penulis amat sanjungi. Dalam masa-masa yang akan datang penulis berharap lebih ramai lagi wira-wira Islam lahir dalam masa yang terdekat bagi mempertahankan hak kita sebagai umat Majoriti di negara kita yang tercinta ini.

Pada kesempatan ini juga penulis ingin melahirkan rasa kesal kerana UMNO tidak menghantar wakilnya di dalam perjuangan adalah berpunca daripada kelemahan Presidenya iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sebelum ini terkenal dengan rekodnya lemah dalam segala hal. Penulis berharap Presiden UMNO sekarang perlu ditukar segera agar maruah Islam tidak terus tercemar memandangkan Islam adalah salah satu tiang perjuangan UMNO iaitu Tiang Alif.

Penulis juga melihat Calon Parlimen Permatang Pauh PKR Anwar Ibrahim nampaknya tidak begitu sensitif dengan isu forum ini, ini mungkin kerana salah satu cara Anwar Ibrahim untuk mendapatkan undi daripada kaum-kaum lain yang bukan beragama Islam. Demi kepentingan diri beliau sanggup menggadaikan maruah Islam dan beliau juga sebelum ini berkata beliau tidak menyokong mana-mana tuntutan Negara Islam. Jadi tidak mustahilah beliau acuh tidak acuh dengan isu ini. Inilah yang dikatakan syaitan bertopengkan Ulama' di dalam syaitan di luar Ulama'.

http://www.suaragenerasimuda.com

Saturday, June 21, 2008

BesutLonih.com: Rakyat Besut Cadang Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Berkongsi Pentas di Besut, Terengganu

Besut Lonih mendapat satu email daripada seorang pengunjung yang menggunakan nama Mohd Adib, di dalam email tersebut beliau mencadangkan supaya mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dan mantan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk berkongsi pentas di daerah Besut, Terengganu.

Katanya lagi kepada Besut Lonih melalui email tersebut, "saya dan rakyat Besut yang lain sudah lama menanti agar Ayahnda Tun Dr. Mahathir Mohammad dan juga patik memohon YBM Tan Sri Tengku untuk datang dan membuat majlis dalam satu pentas kerana ia akan memudahkan kami dan menjimatkan masa, kami juga ternanti-nanti bilakah Ayahnda Tun dan Tan Sri Tengku dapat datang ke daerah kami agar dapat patik mendengar amanat Tan Sri Tengku dan kami juga dapat mendengar amanat Ayahnda Tun Dr. Mahathir di dalam satu-satu masa jadi boleh diibaratkan serampang dua mata".

"Kami rakyat Besut mengalu-alukan kedatangan Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad dan juga Patik mengalulukan kedatang Tan Sri Tengku ke daerah kami dan kami juga mahukan perubahan jadi kami berharap agar kedua-dua tokoh yang kami sebut sudi datang ke daerah kami" tambahnya lagi.

Pengirim email tersebut mengakhiri emailnya dengan cadangan supaya Besut Lonih menjadi penganjur kepada program yang akan mempertemukan kedua orang negarawan ini. Besut Lonih sememangnya bercadang untuk menganjurkan program seumpama ini tetapi oleh kerana sumber kewangan Besut Lonih yang begitu terhad buat masa ini menyukarkan Besut Lonih untuk mengadakan program seumpama itu. Namun Besut Lonih sedia menjadi penganjur sekiranya ada pihak yang sudi menaja program tersebut.

dipetik dari:
http://www.besutlonih.com

Hussam Musa Ajak Ahli Parlimen UMNO Sertai PAS

Naib Presiden PAS yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Datuk Paduka Hussam Musa mengajak ahli Parlimen UMNO menyertai PAS sekiranya bimbang nasib Melayu tidak terbela. Mungkin tawaran ini boleh membuat ahli parlimen UMNO akan tertarik tetapi setiap benda ada pro dan kontranya.

Jika tawaran Datuk Paduka Hussam Musa diterima oleh ahli Parlimen UMNO dan beramai-ramai menyertai PAS, dan perkara ini menjadi realiti sudah tentunya ia memberi keuntungan bukan sahaja kepada Melayu malah kepada PAS sendiri.

Secara matematik mudah sekiranya ahli Parlimen UMNO menyertai PAS secara automatiknya PAS merupakan parti yang mempunyai bilangan ahli parlimen yang tertinggi di dalam Pakatan Rakyat dan sekaligus akan membuatkan PAS layak untuk menerajui Pakatan Rakyat dan sekaligus menidakkan impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dan impian PAS untuk menerajui Pakatan Rakyat akan menjadi realiti.

Manakala kontranya ialah UMNO hanya akan tinggal sejarah dan tidak lagi wujud pada masa akan datang. Bagi penulis UMNO hendaklah dikekalkan tak perlu dibubarkan kerana ianya bernilai sejarah yang amat tinggi sepertimana jasa-jasa ahli-ahli UMNO yang terdahulu yang berjuang mendapatkan kemerdekaan negara. Sesungguhnya sejarah tetap sejarah dan jangan ubahlah sejarah.

Namun, terpulang kepada ahli Parlimen UMNO untuk membuat keputusan dan sekiranya ahli Parlimen UMNO bersetuju bermakna berita ini bakal mengembirakan PAS dan bakal mengecewakan Parti Keadilan Rakyat dan juga DAP.

dipetik dari:
http://www.suaragenerasimuda.com

Rakyat Terengganu Akan Menuntut 35% Royalti Minyak

Beberapa hari lalu timbul isu apabila Presiden SAPP akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ada juga yang mengatakan SAPP akan meninggalkan Barisan Nasional sebuah parti yang menaungi SAPP.

Apa yang menarik SAPP telah membuat tuntuntan supaya Kerajaan Persekutuan memberikan royalti minyak sebanyak 20% kepada Sabah. Besut Lonih cuba mengambil maklum balas rakyat Terengganu dan Besut berhubung tuntutan SAPP untuk meminta untuk Kerajaan Persekutuan memberikan royalti minyak sebanyak 20% pada Sabah. Mengikut maklumat yang Besut Lonih terima, khabarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku 'mastermind' Pakatan Rakyat pernah menawarkan Royalti minyak 20% kepada Sabah jadi ianya menampakkan ada persamaan tuntutan SAPP dengan tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemungkinan Ahli Parlimen BN Sabah berhijrah itu ada dan kemungkinan BN yang ada pada hari ini bertukar menjadi pembangkang juga ada.

Oleh sebab itu, memandangkan Terengganu juga merupakan negeri pengeluar minyak, Besut Lonih cuba mengambil pendapat orang-ramai mengenai Royalti 20% yang dintuntut oleh SAPP dan ditawar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nik Mohd Fakhrul Razi seorang penjawat awam ditemubual oleh Besut Lonih mengatakan "Kalau Sabah dapat 20% Royalti, sepatutnya Terengganu boleh dapat 35% royalti" tambahnya lagi "Terengganu sudah berapa tahun tak dapat royalti jadi wajar Terengganu mendapat 35% royalti"

Manakala, Tengku Mohd Syura seorang peniaga daripada Terengganu pula semasa ditemubual berkata "Terengganu memang wajar dapat lebih royalti, saya juga ingin menegaskan di sini saya sebagai rakyat Terengganu saya akan pastikan sekiranya Sabah mendapat 20% Royalti minyak kami juga mendapat paling kurang 30% Royalti minyak dan saya juga akan meminta kerjasama Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan agar mengadakan demonstrasi besar-besaran di seluruh negara" agar kami mendapat hak kami.

Disamping itu, seorang Pesara Kerajaan Rosdi Ali menegaskan bahawa "Sekiranya tawaran royalti 20% Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima oleh BN Sabah dan Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan beliau akan berjuang bermatian-matian agar Terengganu akan mendapat 35% royalti minyak dan sekiranya Kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memberikan hak kami, kami akan pastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak senang untuk berceramah di Terengganu, kalau ada telur tembelang kami pasti lemparkan ke arahnya barangkali dan mungkin juga mengistiharkan keluar daripada Malaysia.

Itulah diantara temubual yang sempat dirakamkan oleh Besut Lonih untuk menjadi rujukan pengunjung Besut Lonih.com ini.

dipetik dari:
http://www.besutlonih.com

Forum Mencanai Minda


Forum Mencanai Minda ' Suntikan Semangat Satria Pasca PRU Ke 12 ' Anjuran Rakyat Cengal Selatan (8 Parlimen)


Tempat : Hotel Angsoka Teluk Intan Perak

Jam : 2.00 Petang - 4.30 Petang Bersama Tan Sri Sanusi Junid,
Datuk Paduka Ibrahim Ali dan Datuk Ruhanie Ahmad.
22 Jun 2008 (Ahad)

Jam : 4.30 - 7.30 Petang Program Sepetang Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan Pimpinan Akar Umbi Perak Selatan.


Semua Di Jemput Hadir.

Wednesday, June 18, 2008

Blog Besut Lo Nih Dilancarkan !!!

Blog Besut Lonih telah dilancarkan beberapa kelmarin. Blog ini bukan sahaja memaparkan kisah-kisah yang berlaku di Besut, tetapi kisah-kisah nasional juga akan dipaparkan oleh blog ini. Blog ini juga akan menjadi medium pengantara oleh Rakyat Besut tentang ketidakpuasan hati atau perkara-perkara yang melibatkan rakyat Besut, Terengganu.

Blog ini juga akan menjadi sumber rujukan oleh rakyat Besut khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Isu-isu semasa juga diperbincangkan disini dan mengambil kira pandangan semua pembaca atau pelawat. Pembaca atau Pelawat boleh juga mengirimkan artikel mereka kepada blog Besut Lonih untuk mengutarakan kesusahan dan kesukaran yang dihadapi oleh penduduk kawasan berhampiran mereka tanpa mengira fahaman politik.

Pelawat atau pembaca bebas mengemukakan artikel selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan semuanya akan disiarkan sekiranya tiada unsur-unsur fitnah.

Besut Lonih juga mempelawa orang ramai diluar sana untuk menjadi penulis atau panelis bagi Blog Besut Lonih, orang-ramai yang berminat bolehlah menghantar email kepada besutlonih@gmail.com .

Blog Besut Lonih boleh dilayari di http://www.besutlonih.com

Friday, May 16, 2008

Penubuhan Parti Bersatu Rakyat Berkecuali (PBRB)

Sebuah Parti Politik baru bakal ditubuhkan di Malaysia berikutan perangai yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin parti yang sedia ada di Malaysia kini adalah semuanya tak boleh dipercayai kerana masing-masing cakap tak serupa bikin baik Kerajaan mahupun Pembangkang.

Terutamanya di dalam soal keadilan untuk semua, semua parti politik yang ada di Malaysia tidak betul-betul mengamalkan konsep keadilan untuk semua sebagai contoh PAS sewaktu memerintah Terengganu dulu rakyat yang menyokong UMNO dikecualikan oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan dinafikan hak untuk mendapat bantuan Kerajaan Negeri. Manakala sewaktu Barisan Nasional memerintah Terengganu perkara sama juga terjadi apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Kampung (JKKK) menyalahgunakan kuasa dan mengaibaikan rakyat yang menyokong PAS.

Isu yang melibatkan penderhakaan kepada raja-raja Melayu juga tidak berlaku keadilan sebagai contoh UMNO yang mempertikaiankan kenyataan Karpal Singh yang disifatkan sebagai 'derhaka raja' sedangkan ahli UMNO yang juga ada yang menderhaka raja. PAS juga yang mempertikaikan UMNO yang menderhaka Raja juga pernah melakukan penderhakaan sebagaimana yang berlaku di Kelantan pada beberapa tahun dulu. DAP juga pernah menderhaka dulu dan sekarang jadi kesimpulanya parti-parti Politik yang ada pada masa kini tidak boleh diterima pakai lagi.

Pendekatan yang akan digunakan oleh Parti Bersatu Rakyat Berkecuali ialah akan melaksanakan sistem Ketua Kampung yang diwakili semua ahli Parti Politik, Jawatankuasa Kecil yang akan diwakili oleh wakil daripada setiap Parti Politik di Malaysia bagi memastikan bantuan kerajaan sampai terus kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Jawatankuasa Perpaduan Antara Kaum bakal ditubuhkan dan diwujudkan di dalam Parti Bersatu Rakyat Berkecuali bagi membentuk dan membina Perpaduan antara kaum-kaum yang ada di seluruh di Malaysia.

Selain itu PBRB juga akan menubuhkan Jawatankuasa Bersama dengan Parti-Parti Politik di Malaysia untuk memberikan dan mengaudit sebarang Projek yang dilaksanakan bagi memastikan tiada unsur-unsur rasuah yang ada di dalam sesuatu projek yang hendak dijalankan oleh PBRB sekiranya PBRB diberi peluang untuk memerintah Malaysia.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh lah hubungi:

Sekretariat Penubuhan Parti Rakyat Berkecuali
S 4/271 Lorong Che Mat Baba,
Jalan Merbau
15300 Kota Bharu Kelantan
e-mail: partibersaturakyatberkecuali@yahoo.com.my
Tel: 016-9328556
http://pbrb.blogspot.com

Thursday, April 24, 2008

PERHIMPUNAN RAKYAT AMANAT PENTING YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH [25.04.2008/JUMAAT]



MARI BERSAMA-SAMA MENDENGAR
AMANAT PENTING
YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

TARIKH:
25.04.2008

HARI:
JUMAAT

TEMPAT:
BALAI ISLAM LUNDANG, KOTA BHARU KELANTAN

WAKTU:
8.30 MALAM

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Friday, April 4, 2008

Ucapan Tengku Razaleigh EGM Umno Gua Musang

Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah pagi ini berkata bahawa sebahagian dari punca kegagalan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) 8 Mac 2008 lepas di 5 + 1 negeri dan prestasi buruk seluruh negara merupakan imej buruk dan persepsi rakyat keatas beberapa personaliti Kepimpinan.

Ketua Bahagian UMNO Gua Musang, semenjak 1962 itu dan Ahli Parlimen Gua Musang, semenjak 1969 itu memberi maksud PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, seorang pemimpin yang “Kelihatan ‘bersih” semasa mula mula diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri Januari 1999, kini dilanda pelbagai kontroversi dan skandal, termasuk rasuah dan salah gunakuasa dan penglibatan keluarga terdekat dalam pentadbiran.

Tengku Razaleigh merupakan pemimpin UMNO pertama yang mengesa agar UMNO mengadakan satu mesyuarat agung luarbiasa (EGM) untuk membincangkan PRU 12 dan halatuju UMNO dan Melayu, dalam surat kepada 18,000 Cawangan UMNO seluruh negara pada 10 Mac 2008. Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dan menyokong usaha Tengku Razaleigh ini.

Oleh sebab itu, Tengku Razaleigh pagi ini juga menegaskan bahawa UMNO “Sudah lari dari matlamat dan keujudan asal, sebagai organ politik yang memperjuangakan dan menjaga kepentingan Bangsa Melayu” dan beliau dengan lantang mendesak agar ahli UMNO disemua peringkat bergerak untuk membetulkan keadaan yang mungkin akan merugikan orang Melayu secara jangkamasa dekat dan strategik. Tengku Razaleigh juga menjelaskan keangkuhan pemimpin UMNO, terutama Kepimpinan mengakibatkan Parti Keadilan Rakyat, satu parti yang hampir pupus dan tidak mendapat sokongan itu, sebagai wadah perjuangan rakyat.

Kepimpinan UMNO juga terlampau yakin (over confident) dan ’salah-perkiraan’ ketidak puasan hati dan kemarahan rakyat. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah juga dengan angkuhnya mengungkap “Jangan cabar saya!” pada Ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO pada 9 Mac 2008 dan pada 10 Mac 2008, rakyat membuktikan sebaliknya dan lebi 50,000 orang berdemonstrasi dari Dataran Merdeka ke Istana Negara. Ini merupakan tanda awal yang amat jelas, yang diabaikan oleh Kepimpinan.