Showing posts with label Kiva. Show all posts
Showing posts with label Kiva. Show all posts

Monday, May 25, 2009

Anak ahli politik ditahan miliki 1,056 biji pil kuda

KOTA BHARU - Seorang lelaki anak kepada pasangan ahli politik terkenal di sini, ditahan kerana disyaki memiliki 1,056 biji pil kuda dan 120 biji pil Eramine 5 yang dianggarkan bernilai hampir RM50,000 dalam pemeriksaan terhadap sebuah kereta, awal pagi ini.

Lelaki yang berusia 27 tahun itu, ditahan selepas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Machang melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Perodua Kancil di Taman Setia Kasih, dekat sini, kira-kira pukul 1.30 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Supritendan Loo Lian Lay berkata, ketika serbuan, lelaki terbabit dikatakan berada berhampiran keretanya selepas keluar dari rumah rakannya.

:Beliau berkata, sebaik menahan lelaki terbabit yang disyaki pengedar, polis kemudian melakukan pemeriksaan di dalam kereta terbabit dan menemui 1,056 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM31,680.

:“Kita kemudian melakukan pemeriksaan lebih rapi dan turut menemui 120 biji pil Eramine 5 dan kita percayai semua dadah yang dirampas itu dipercayai diperolehi dari negara jiran,” katanya kepada :Warkah Timur: di sini, semalam.

:Beliau berkata, hasil siasatan, pihaknya mendapati lelaki terbabit aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah hampir dua bulan lalu.

:Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan, dadah yang dirampas itu untuk pasaran kepada penagih di sekitar daerah ini.

:Menurut Lian Lay, lelaki terbabit yang hanya bekerja sendiri ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan lanjut.

:Beliau berkata, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

:Katanya, dengan tertangkapnya lelaki itu, dapat melupuskan sindiket pengedaran pil kuda di daerah berkenaan.

:“Kita masih mengesan rangkaiannya yang turut terlibat dengan kegiatan pengedaran darah dan kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya tampil membantu atau menghubungi segera balai polis berdekatan,” ujarnya.
Reblog this post [with Zemanta]

Tuesday, May 19, 2009

Warga Emas Ditemui Mati Dengan Kesan Lebam

KOTA BHARU – Seorang guru terkejut apabila menemui mayat ibunya yang berusia 84 tahun terbaring di dalam bilik di rumahnya di Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini, semalam dengan kesan lebam di pergelangan tangan.

Mayat Zaharah Sulong ditemui oleh anaknya, Zubaidah Salleh, 40-an ketika baru pulang dari mengajar di sebuah sekolah menengah dekat sini, pada jam 2 petang, semalam.

“Ketika tiba di rumah, saya pelik kerana biasanya pintu berkunci tetapi hari ini (semalam) pintu dapur tidak berkunci dan ibu juga tidak kelihatan. Apabila naik ke tingkat atas saya terkejut apabila melihat emak terbaring dalam bilik.

“:Emak dipercayai sudah meninggal dunia lalu saya terus menghubungi adik lelaki, Yaman Salleh, 42, untuk memaklumkan kejadian itu dan apabila tiba, dia mengangkat mayat emak ke ruang tamu sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Kota Bharu,” katanya ketika ditemui :Wakaf Timur: di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II, semalam.

Menurutnya, pintu belakang rumah ibunya itu terbuka manakala mayat ibunya didakwa terdapat kesan lebam pada leher dan pergelangan tangan dipercayai dicekik manakala cincin yang dipakai mangsa hilang.
Reblog this post [with Zemanta]