BERITA DARI PAHANG
Kuantan, 2 Jun 2026 (Warkah Timur) – Padang MBK 1, Kuantan hari ini menjadi tumpuan apabila lebih 4,500 peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia menyertai program besar-besaran Fun Run & Ride PDRM Tanjung Putra (PTP) 188.
Acara ini dirasmikan oleh YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan dan NGO Negeri Pahang, mewakili Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail
Program ini dianjurkan dengan tema Aspirasi Pahang 1st, bertujuan memperkasa belia, menggalakkan gaya hidup sihat, serta mengeratkan hubungan komuniti setempat.
“Pahang terus komited melahirkan masyarakat aktif, berdaya saing dan bersatu padu melalui acara sebegini,” ujar YB Fazdli ketika berucap merasmikan majlis.
Selain larian dan kayuhan santai, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan termasuk pameran keselamatan, gerai jualan tempatan, serta persembahan kebudayaan yg yang meriah.
Sorotan Utama
Peserta: Lebih 4,500 orang dari seluruh Semenanjung Malaysia
Lokasi: Padang MBK 1, Kuantan
Tema: Aspirasi Pahang 1st
Perasmian: YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal
#Pahang1st #FunRunRidePTP188 #Kuantan #BeliaAktif #MajuTerusPahang #WarkahTimur

0 comments:
Post a Comment