PASIR MAS - 25 September 2010 (Warkah Timur)
berlansung satu perhimpuran yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa atau ringkasnya PERKASA. Perhimpunan ini boleh dikatakan berjaya kerana menjaya menggamit puluhan ribu orang untuk menghadiri perhimpunan ini. Turut memeriahkan perhimpunan ini apabila mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad bersama isteri turut hadir untuk bersama menjayakan program anjuran PERKASA biarpun beliau sendiri bukanlah ahli PERKASA.
Perhimpunan ini merupakan satu manifestasi sokongan rakyat terhadap PERKASA dan usaha-usaha yang dijalankan oleh NGO tersebut untuk memastikan kepentingan umat Melayu di
Malaysia terbela.
Namun apa yang dikesalkan ialah perhimpunan itu telah diperlekehkan oleh beberapa portal berita berita internet yang pro kepada pembangkang. Kebanyakan daripada portal berita tersebut telah memberi maklumat yang salah berhubung bilangan kehadiran orang ramai ke perhimpunan yang penuh bermakna itu. Rata-rata portal berita internet pro pembangkang mengistiharkan bahawa hanya 5,000 orang yang hadir ke perhimpunan itu.
Perhimpunan yang diadakan di kawasan berhampiran Stesen KTM Pasir Mas itu turut dipersoalkan kenapa lokasi itu dipilih, dan ada juga yang melabel sebagai simbolik Mahathir dan
Ibrahim Ali sedang menunggu keretapi untuk menamatkan karier politiknya.
Walaubagaimanapun apa yang kita perlu tahu sebenarnya 'simbolik' yang boleh kita lihat daripada lokasi penganjuran perhimpunan ialah, Keretapi Tanah Melayu merupakan satu-satunya yang tinggal untuk Melayu. Itulah yang menjadi simbolik sebenarnya bukan seperti mana laporan
bias portal berita internet pro pembangkang.
Apabila mereka memperlekehkan Perhimpunan yang dianjurkan oleh PERKASA ini, makanya sudah tentu begitu takut dengan sokongan yang diberikan kepada PERKASA. Dengan memperlekehkan perhimpunan ini mungkin secara tidak langsung mereka akan dapat menganggu-gugat PERKASA.