Monday, September 22, 2008

Ku Li Tetap Lawan Presiden AAB

Tengku Razaleigh HamzahImage via Wikipedia

Dipetik dari:
http://www.suaragenerasimuda.com

Diberitakan sekali lagi calon Presiden UMNO YBM Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi menegaskan dia tetap akan bertanding jawatan Presiden pada Pemilihan Agung UMNO yang bakal mendatang. Nampaknya, keberanian Tengku Razaleigh atau Ku Li sememangnya wajar dipuji.

Tambahan pula Presiden AAB masih dengan pendirianya hanya akan melakukan "Peralihan Kuasa" pada Jun 2010 kelak. Memang ini masa terbaik ahli-ahli UMNO di akar umbi membuat pertimbangan yang sewajarnya demi menyelamatkan UMNO.

Apa yang penulis dapat lihat daripada Kerabat Diraja Kelantan ini yang juga diberi gelaran "Putera Raja Berjiwa Rakyat" ini ialah kenyataanya sentiasa konsisten dan tidak berubah-berubah tidak seperti Presiden AAB yang selalu membuat kenyataan yang berubah-ubah berhubung sesuatu isu atau turut di panggil "Flip-Flop" .

Ku Li memang terkenal dengan sikapnya yang tegas dalam menangani sesuatu isu, beliau juga ada semangat perjuangan Melayu yang kental bagi membela bangsanya. Selain itu, kepakaran ekonomi yang ada padanya juga merupakan satu kelebihan untuk memulihkan ekonomi yang terjejas ekoran krisis dua syarikat Amerika iaitu AIG dan Lehman Brothers yang kini sedang ditimpa masalah.

Cara beliau berinteraksi dengan rakyat juga dapat menambat hati penulis dan ia menjadikan penulis kagum. Walaupun beliau adalah "Putera Raja" namun perkara tersebut tidak menjadikan Ku Li sebagai orang yang sombong. Kemesraanya dengan rakyat jelas terasa di dalam majlis-majlis Ku Li yang pernah penulis hadiri. Sifatnya yang sentiasa tersenyum membuatkan ia benar-benar pemimpin berjiwa rakyat walaupun sebenarnya adalah seorang putera raja.

Mungkin juga pada masa ini Ku Li merupakan satu-satunya 'bot penyelamat' yang dapat menyelamatkan anak-anak kapal UMNO daripada mati kelemasan. Mungkin tidak keterlaluan kalau penulis katakan yang dengan adanya semangat yang ditunjukkan oleh Ku Li ia akan memberikan sejuta RAHMAT buat UMNO.
Reblog this post [with Zemanta]

Thursday, September 18, 2008

SAPP Keluar BN Tamparan Hebat Buat Abdullah


Sepertimana kita ketahui hari ini SAPP mengumumkan bahawa mereka mahu keluar dari Barisan Nasional dan menjadi Wakil Bebas dan tidak menyertai Pakatan Rakyat. Tindakan berani SAPP ini ternyata secara tidak langsung akan memberi 'tempias' pada Abdullah.

Ternyata cadangan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri dan juga mantan Presiden UMNO telah digunapakai oleh SAPP. Tindakan berani SAPP wajar dipuji sebab ini sahaja cara terbaik untuk 'mengejutkan Abdullah' dari tidurnya.

Secara tidak langsung, BN kehilangan dua kerusi lagi di Parlimen dan menjadikan bilangan untuk mencukupkan 2/3 majoriti sudah bertambah dari lapan ke sepuluh. Sepatutnya tindakan SAPP itu difahami dengan terang oleh Abdullah bukanya dibuat seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Nasib baik juga SAPP, menjadi Ahli Parlimen BEBAS dan bukanya menjadi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Tindakan ini sepatutnya Abdullah terjemahkan dalam tindakan seperti bersara daripada menjadi Perdana Menteri tak pun awal kan sedikit Pemilihan Agung UMNO biar ahli akar umbi yang menentukan kedudukanya sebagai Presiden UMNO.

Monday, September 15, 2008

Ku Li Paling Layak Realisasikan Hasrat Tengku Mahkota Pahang Tengku Razaleigh Hamzah

Dipetik dari:

http://penyokong-kuli.blogspot.com/

Tengku Razaleigh HamzahImage via Wikipedia Petikan Laporan Utusan Online:

Tengku Abdullah mahu UMNO kukuh institusi raja sebagai pelindung Melayu

11/09/2008 12:57pm

KUANTAN 11 Sept - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Umno melakukan usaha mengukuhkan institusi raja-raja Melayu bagi menguatkan lagi peranannya sebagai pelindung rakyat khususnya orang Melayu serta agama Islam.

“Bukannya kita hendak kuasa lebih tetapi kita perlu kaji supaya institusi ini tidak boleh diperkotak-katik, dipersenda atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak,” titah baginda dalam satu wawancara eksklusif dengan Khabar Pahang, akhbar rasmi kerajaan negeri Pahang.

Tengku Abdullah bertitah imuniti raja-raja, yang suatu ketika dulu telah dihapuskan secara tidak langsung, telah meletakkan institusi berkenaan berada dalam keadaan seolah-olah tidak kukuh dan mungkin menjadi tidak relevan.

Namun, baginda berharap, semua pihak harus sedar dan memahami bahawa institusi raja-raja Melayu telah memainkan peranan berkesan dalam arus pembangunan negara selama ini.

Tengku Abdullah menjelaskan bahawa ketika tokoh-tokoh kepimpinan negara berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, wakil raja-raja Melayu turut menyertainya termasuk dalam rundingan yang diadakan di London.

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,” titah baginda. - {http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0911&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_04.htm&arc=hive}


Petikan daripada laporan akhbar di atas adalah apa yang dititahkan oleh Tengku Mahkota Pahang tersebut. UMNO sebagai satu organisasi politik yang dilahirkan di dalam istana, maka ia menjadi kewajipan UMNO untuk memelihara institusi diraja yang semakin hari semakin terhakis kuasanya.

Titah Tengku Abdullah itu hendaklah tidak dipandang ringan khususnya bagi ahli-ahli UMNO kerana mempertahankan hak-hak raja-raja Melayu adalah menjadi perjuangan khusus bagi UMNO berdasarkan ianya sebuah parti yang dilahirkan di tempat yang sinonim dengan raja-raja iaitu istana.

Dalam keadaan sekarang ini, bagi memperkuatkan dan memperkukuhkan institusi diraja memerlukan orang yang berpengalaman dan mahir dalam institusi diraja ini. Ketika ini pada pandangan penulis orang yang paling layak diberikan tempat bagi membela kedudukan raja-raja Melayu adalah Tengku Razaleigh berdasarkan ia berketurunan diraja dan tambahan pula sudah lama kita tidak dirajui oleh Perdana Menteri yang berdarah raja selepas Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Dalam keadaan politik negara yang tidak menentu sebaik-baiknya kita perlu mempunyai pemimpin yang berdarah raja kerana ia akan sedikit banyak membantu mengurangkan kegusaran politik yang pada waktu ini melanda tanah air.

Tambahan pula beberapa insiden yang berlaku sebelum ini seolah-olah mengambarkan kuasa raja-raja Melayu sudah mula dipersoalkan bermula dengan insiden perlantikkan Menteri Besar di Perlis dan Terengganu, diikuti pula dengan insiden Karpal Singh yang mempersoalkan titah Sultan Perak yang seakan-akan Raja-Raja Melayu sudah mula berani dicabar oleh golongan-golongan tertentu.

Bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan Institusi Diraja ini memang wajarlah tugas ini diberikan kepada Tengku Razaleigh dan apa salahnya kita beri peluang kepada negarawan ini berkhidmat kepada rakyat sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhirnya.

Reblog this post [with Zemanta]

Saturday, September 13, 2008

Ahli UMNO KB Kesal Dengan Tindakan Zaid Ibrahim


Tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang mendesak Tan Sri Muhyidin Yasin meletak jawatan menimbulkan kemarahan beberapa ahli UMNO Bahagian Kota Bharu.

Beberapa daripada ahli UMNO tersebut yang dijumpai oleh Warkah Timur melahirkan rasa kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh Datuk Zaid Ibrahim itu.

Kata mereka "Sebagai orang yang pernah dizalimi oleh Presiden AAB beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa" . Jika beliau membuat kenyataan sedemikian kerana hendak melindungi jawatan yang dipegangnya sekarang ianya tidak direlakan oleh ahli-ahli UMNO KB.

Mereka juga menuntut Datuk Zaid Ibrahim membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kenyataanya terhadap Tan Sri Muhyidin Yasin itu, ataupun mereka akan mendesak beliau (Datuk Zaid Ibrahim) meletakkan jawatanya dengan seberapa segera.

Di samping itu, mereka juga berharap di masa-masa yang akan datang agar Datuk Zaid Ibrahim tidak lagi menyatakan atau membuat kenyataan yang boleh menimbulkan persengketaan. Selain itu, hendaklah Datuk Zaid Ibrahim berfikir sebelum bercakap bukanya bercakap sebelum berfikir.

Friday, September 12, 2008

Ramadhan di Kota Bharu

Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan. Di sinilah letaknya pusat-pusat pentadbiran Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Imigresen, Jabatan Pertahan Awam dan Juga Jabatan Pendidikan Negeri dan bermacam-macam lagi.

Kelantan memang terkenal dengan budaya yang unik, cantik menarik dan da bomb. Negeri yang terkenal dengan jolokkan tanah serendah sekebun bunga ini yang juga dikenali sebagai serambi Mekah juga memperlihatkan pembangunan yang pesat ekoran dari banyak projek-projek Diraja yang mendatangkan rezeki melimpah ruah kepada rakyat jelata.

Apa yang menariknya, di Kelantan ini kerabat diraja begitu aktif memberi sumbangan untuk membangunkan ibu negeri Kelantan ini, jika dibandingkan kerabat diraja negeri lain. Sumbangan kerabat diraja Kelantan memang besar terhadap rakyat Kelantan bagi mencari rezeki untuk sesuap nasi dan seteguk air tambahan pula orang Kelantan memang terkenal dengan sifat berdikarinya. Jadi kalau anda lihat kanak-kanak yang usianya boleh diibaratkan 'setahun jagung' bekerja mencari rezeki di kedai-kedai makan dan macam-macam lagi perniagaan itu sudah menjadi lumrah pagi kanak-kanak di sini.

Kalau anda tidak percaya, anda bolehlah pergi melihat sendiri 'suasana ini' di tempat-tempat perniagaan berpusat seperti Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Padang Bas (Medan Selera Buluh Kubu) dan beberapa tempat lain lagi. Ternyata anda akan merasa kagum dengan semangat dan kerajinan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut.

Ya lah kalau nak dibandingkan, kanak-kanak di bandar lain yang seusia dengan mereka ketika ini mereka lebih suka 'meminta wang daripada ibu-bapa' untuk berjoli di pusat-pusat hiburan, menonton wayang dan bermacam-macam lagi aktiviti sosial. Namun, bagi kanak-kanak di Kota Bharu mereka lebih suka mencari rezeki untuk menambahkan pendapatan selain mengumpulkan wang untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan.

Ramadhan di Kota Bharu, memang menyeronokkan pada waktu berbuka anda bebas untuk berbuka di mana, pada siangnya Bazaar Ramadhan yang letaknya berdekatan dengan Stadium Sultan Mohammad ke IV tidak jemu-jemu digamit pengunjung.

Ada beberapa tempat menarik untuk berbuka puasa di Kota Bharu, pertamanya di Padang Bas yang turut dikenali dengan nama Medan Selera Buluh Kubu yang letaknya tidak jauh daripada Terminal BAS SKMK/TRANSNASIONAL Kota Bharu dan berdekatan dengan Rumah Pangsa Buluh Kubu (turut dikenali dengan nama Flat Buluh Kubu). Di sni anda akan dapat menyaksikan betapa gigihnya kanak-kanak dan remaja membanting tulang mencari rezeki dari menjual Murtabak sehinggalah Kedai Makan yang menjual masakkan panas selain dari kedai kuih tradisional Kelantan yang juga tidak jemu-jemu digamit pengunjung.

Berdekatan dengan 'Padang BAS', anda juga boleh berbuka puasa di sebuah Kedai Makan yang juga turut 'popular' dengan masakanya dari western hinggalah eastern. Nasi Daging Black Pepper, Chicken Chop Italian Style, Nasi Goreng Beriani sehinggalah Tom Yam, bukan sahaja menyelerakan tetapi harganya pun amat berpatutan. Kalau anda berkesempatan bolehlah singgah untuk merasai masakan kedai ini yang letaknya di jalan pintu masuk untuk ke 'Padang Bas'.

Selain itu, di Jalan Kebun Sultan (Berdekatan dengan CIMB Bank, Jalan Kebun Sultan) disitu letaknya sebuah Restoran yang tidak kurang popularnya iaitu PK Corner. Bagi peminat sup dan Tom Yam mereka bolehlah mencuba Sup Tulang, Sup Perut yang kelazatanya tiada tolok bandingnya. Rasailah keenakanya.

Mungkin pada bulan Ramadhan ini, ada yang suka memilih untuk bersahur di kedai, jadi untuk bersahur pilihan terbaik mereka ialah di Padang Bas kerana perniagaan di sini masih beroperasi lagi sehingga dinihari. Kos bersahur di sini tidaklah terlalu tinggi lebih-lebih lagi kalau anda bersahur di Gerai Makan Kak Lah.

Begitulah pengalaman yang penulis dapat catatkan semasa menyambut bulan Ramadhan di Kota Bharu, Kelantan yang juga dikenali dengan nama "Bandaraya Islam" ini. Jika anda ingin mencuba pengalaman yang sama datanglah ke Kota Bharu kerana ia sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda ke Kota yang penuh budaya cantik dan menarik ini.

Thursday, September 11, 2008

Jatuh Bangun Semula

Dipetik dari:
http://www.besutlonih.com

"Jatuh Bangun Semula" dipilih menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini, ungkapan ini walaupun ianya sekadar tiga perkataan namun perananya tetap besar terhadap seorang yang melalui liku-liku untuk menggapai kejayaan di puncak kegemilangan. Semangat ini sebenarnya telah ditunjukkan oleh Allah tuhan seru sekian alam terhadap umatnya melalui semangat kanak-kanak yang baru belajar bertatih. Sepertimana kita maklum, "setiap benda yang berlaku di atas muka bumi ini sudah tentu ada hikmahnya" kerana Allah tidak menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia. Cuba kita lihat betapa semangatnya 'kanak-kanak yang baru belajar bertatih untuk mencapai kejayaan iaitu 'boleh berjalan' walaupun ia terjatuh tetapi ia bangun semula untuk meneruskan kejayaanya sebagai kanak-kanak yang boleh berjalan tanpa bantuan 'alat bantu berjalan'.

Begitulah semangat ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak yang belajar bertatih. Kita sebagai dewasa hendaklah mencotohi kanak-kanak tersebut. Namun, artikel penulis kali ini bukanlah bermaksud untuk bercerita mengenai 'usaha kanak-kanak bertatih' tetapi lebih kepada senario politik pada masakini sesuai dengan desas-desus Pakatan Dua Negarawan ulung dan seorang pemimpin iaitu Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh fan Tan Sri Muhyidin Yasin.

Sebagai ahli politik yang pernah berkhidmat di dalam beberapa era pemerintahan, sudah tentu Tengku Razaleigh a.k.a Ku Li telah banyak belajar tentang 'asam garam, pasang surut, timbul tenggelam politik'. Sebagai orang yang pernah 'jatuh' satu ketika dulu menjadikan beliau 'dewasa' dengan sepak terajang politik. Boleh dikatakan dia telah bangun semula dari jatuh.

Sebagai orang yang begitu arif dengan ekonomi, ia mencerahkan peluang Ku Li untuk memenangi Jawatan Presiden UMNO yang ditandinginya pada tahun ini. Tambahan pula, ia didokong oleh tiga kelompok besar UMNO iaitu Kelompok Timur, Kelompok Selatan dan Kelompok Utara.

'Jatuh Bangun Semula' itulah yang penulis boleh ungkapkan kepada Ku Li pada kali ini walaupun Pak Lah cuba melindungi jawatan itu dengan 'tata etika UMNO 2008' walaupun dia sendiri yang mengikarinya. Namun, bak kata orang Ku Li tetap meneruskan usahanya 'Patah sayap, paruh dia tongkatkan'. Lagipun kata-kata keramat yang sentiasa dipegang oleh pejuang-pejuang Melayu iaitu "Pantang Melayu Berundur Sebelum Beradu" benar-benar mengibarkan semangatnya yang bekobar-kobar itu.

Penulis berharap agar perjuangan Ku Li tersebut mendapat perhatian ahli UMNO, semangat "Berani Berubah' hendaklah ditunjukkan oleh ahli-ahli UMNO. Laungan-laungan 'Perubahan' hendaklah berada di setiap hati sanubari seorang manusia yang bergelar ahli UMNO akar umbi ataupun Marhaen.

Akhir kalam, "Allah tuhan seru sekian alam tidak mengubah nasib sesuatu bangsa, melainkan bangsa itu yang mengubahnya". Biarkan diri anda berani untuk berubah demi masa depan UMNO yang gemilang bukanya temberang.

Wednesday, September 10, 2008

Satu Tiang Perjuangan UMNO sudah tumbang semasa era Pak Lah

dipetik dari:
http://www.suaragenerasimuda.com

Sepertimana yang kita tahu, kenyataan Ketua UMNO Bukit Bendera iaitu Datuk Ahmad Ismail yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan beliau difitnah sebagai 'Racist' oleh bangsa lain yang membawa kepada tindakan penggantungan beliau selama tiga tahun ialah merupakan satu kezaliman yang telah dibuat terhadap Ketua UMNO Bukit Bendera itu.

Para pembaca yang budiman, sekiranya anda semua masih ingat 'tiang-tiang perjuangan' asal UMNO yang dikemukakan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah di dalam Mesyuarat Agung Khas UMNO Gua Musang beberapa bulan yang lalu. Terdapat tiga tiang perjuangan UMNO apabila ia diringkaskan menjadi 'Alif, Ba, Ta'.

Tidak perlu penulis jelaskan mengenai Alif dan Ta kerana penulis telah jelaskan dalam beberapa artikel penulis sebelum ini, kali ini penulis lebih berminat untuk bercerita mengenai tiang perjuangan UMNO yang dinamakan 'Ba' atau dengan lebih tepat lagi Bangsa Melayu.

Mempertahankan hak bangsa Melayu merupakan salah satu tujuan UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 di Istana Johor. Sebagai salah sebuah parti yang mewakili suara-suara orang Melayu memang sepatutnya ia mempertahankan orang Melayu.

Namun, sepertimana kata Iklan sebuah akhbar di televisyen "Zaman sudah berubah, dunia sudah maju" tiang BA yang menjadi salah satu tiang perjuangan UMNO sudah patah. Ini berikutan dengan tindakan penggantungan Ketua UMNO Bukit Bendera yang sememangnya bangsa Melayu selalu tiga tahun kerana pucuk pimpinan UMNO ketika ini sudah menjadi 'boneka' bangsa lain.

Dengan tindakan itu, jelas sekali UMNO tidak lagi mempertahankan nasib bangsa Melayu tetapi mengutamakan bangsa lain. Penulis berpendapat perkara ini terjadi kerana 'kelemahan pucuk pimpinan UMNO' dan pada masa yang sama penulis merasakan bagi mengelakkan permasalahan ini menjadi semakin runcing. Penulis juga menggesa agar Pemilihan Agung UMNO dipercepatkan.

KEGAGALAN MKT UMNO MEMBINCANGKAN KEMASUKKAN SEMULA TUN DR. MAHATHIR

Sepertimana yang kita maklum mantan Perdana Menteri yang juga mantan Presiden UMNO telah menyatakan kesediaanya untuk bersama dengan UMNO, namun perkara itu tidak dibincangkan oleh MKT UMNO kerana sepertimana yang saya kata UMNO sekarang lebih mementingkan bangsa lain.

Pernah anda ingat, bagaimana bekas Ketua Pemuda PKR yang ingin menyertai semula UMNO beberapa bulan yang lalu, kemasukkan beliau boleh diibaratkan umpama dihamparkan 'karpet merah' oleh Presiden AAB. Satu Mesyuarat MKT Khas diadakan untuk membincangkan kemasukkan beliau yang pernah bergelar 'Pengkhianat UMNO' tetapi apabila orang yang banyak jasanya kepada UMNO mahu kembali kepangkuan UMNO ia seolah-olah diberi layanan yang 'dingin' oleh Presiden AAB boleh dikatakan 'seperti Pak Lah melepaskan batuk ditangga sahaja'

Orang yang pernah memaki hamun UMNO diberi layanan seperti bidadari di syurga, tetapi orang yang pernah berjasa kepada UMNO diberi layanan seperti 'pengemis jalanan', jelas sekali pada masa ini Presiden AAB lebih mementingkan kedudukan berbanding 'perjuangan' UMNO.

Pemimpin seperti inilah perlu dibuang segera kerana ia bakal membuatkan UMNO rebah di pintu neraka. Ahli-ahli UMNO hendaklah membuat pertimbangan yang sewajarnya bagi menjamin UMNO terus relevan. Beranilah Berubah (meminjam cogankata Datuk Mukhriz) dan Fikir-Fikirkanlah.

Peluang Ku Li Semakin Cerah

dipetik dari:
http://www.suaragenerasimuda.com

Laporan Malaysiakini:

Sanusi: Dr M sokong Ku Li
S Pathmawathy | Sep 9, 08 5:59pm

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyokong bekas lawannya Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan presiden Umno, menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kata bekas setiausaha agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa Dr Mahathir telah memutuskan untuk menyokong ahli Parlimen Gua Musang itu yang pernah mencabarnya bagi jawatan presiden Umno pada 1987.

"Saya boleh mengesahkan bahawa beliau (Dr Mahathir) menyokong Tengku Razaleigh," kata Sanusi, yang merupakan rakan karib Dr Mahathir.

Bagaimanapun Sanusi enggan mengesahkan sama ada Dr Mahathir yang masih mempunyai pengaruh kuat dalam Umno, akan kembali ke pangkuan parti itu.

Akhbar the Star melaporkan hari ini bahawa mantan perdana menteri itu telah dipujuk supaya kembali semula ke Umno, selepas keluar parti itu tiga bulan lalu.

Dr Mahathir, yang kecewa dengan kepimpinan Abdullah, mahu perubahan dalam pucuk pimpinan Umno, yang menjadi tunggak Barisan Nasional.

The Star juga melaporkan bahawa naib presiden Umno, Tan Dri MuhyiddinYassin adalah antara mereka yang menghadiri pertemuan dengan Dr Mahathir.

Sementara itu, khabar tersebar luas bahawa Tengku Razaleigh mungkin memilin Muhyiddin sebagai regunya untuk jawatan timbalan presiden, menentang regu Abdullah-Najib dalam pemilihan Umno Disember depan.


Selepas tersebarnya berita yang mengatakan mantan Perdana Menteri yang juga Mantan Presiden UMNO iaitu Tun Dr. Mahathir bakal sertai semula UMNO bagi memberikan sokongan kepada satu-satunya pencabar Abdullah, iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dikenali dengan nama Ku Li.

Boleh dikatakan pada masa ini kedudukan Pak Lah (Bukan nama sebenar) atau nama sebenarnya Abdullah Haji Ahmad sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri semakin goyah walaupun dia cuba sedaya upaya untuk menyekat kemaraan Anwar kerana bimbang kehilangan jawatan itu, namun pendekatan beliau tak ubah seperti menutup sarang tebuan sedangkan sarang lebah masih terbuka.

'Hujan Kain Pelikat' yang lazimnya menjadi 'senjata' beliau bagi mempertahankan jawatan itu mungkin pada kali ini mungkin tidak dapat menyelamatkanya lagi tambahan pula 'floating boat' Abdullah pun dah 'bocor'.

Abdullah memang lupa dengan ungkapan 'pemenang yang terbaik ialah orang yang menang di dalam senyap' tetapi Abdullah lebih takutkan 'pemenang yang cakap tak berhenti-henti dan penuh dengan angan-angan bak mat jenin' dan mencari pelbagai helah untuk menyekat kemaraan 'pemenang banyak cakap' ini.

Namun, Pemilihan Agung UMNO yang bakal diadakan di penghujung tahun ini adalah penentunya, siapa yang kuat, siapa yang hebat dan siapa yang tepat. Penulis berharap sekiranya Tun Dr. Mahathir dapat membuat pengembalian semula kepada UMNO ia akan menambahkan lagi 'keyakinan ahli UMNO' untuk menukar pucuk pimpinan tertinggi negara dan parti itu.

Mungkin orang beranggapan mustahil berhubungan kerjasama Dr. M dan Ku Li ini kerana ada yang menganggap mereka berdua adalah musuh. Namun, Ku Li berkata Dr. M bukan musuhnya apa yang berlaku cuma beza pendapat dan ianya adalah perkara yang berbeza. Mungkin juga Dr. M tidak juga pernah menggangap Ku Li musuhnya tetapi persepsi orang yang menyebabkan beliau dilabel sebagai musuh 'Ku Li'.

Tuesday, September 9, 2008

Video Ucapan Ku Li @ EGM UMNO Gua Musang

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4

Tun Dr. M Bakal Kembali Ke Pangkuan UMNO untuk beri sokongan pada Ku Li

Dipetik dari:
http://www.suaragenerasimuda.com

Petikan dari blog AM Ubaidah/Akramshah:

Tun Dr M Akan Menyertai Semula UMNO Untuk Menyokong Usaha KuLi Merebut Jawatan Presiden UMNO

Ingin saya memberi pengesahan di sini bahawa khabar angin yang kini tersebar melalui sms yang Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai kembali UMNO tidak lama lagi untuk menyokong usaha KuLi merebut jawatan Presiden UMNO Disember ini adalah berita yang sahih.
Untuk memastikan kesahihan berita ini, silalah sujuk kepada dua orang bekas Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Sabaruddin Chik. Niat kembalinya semula Tun Dr M ke UMNO ikhlas, untuk menyelamatkan negara dari ancaman kelembapan berterusan kepimpinan Pak Lah.
Soalnya sekarang, adakah kepimpinan UMNO akan dengan ikhlas menerima kembalinya Tun Dr M? Atau adakah pelbagai halangan dan 'spin' baru yang akan menjelma? Walau dalam bulan Ramadhan Mubarak? Kita saksikanlah nanti...
Kemaskini 1...
Desas-desus menyatakan yang Tan Sri Muhyiddin Yassin terlibat dalam usaha mengembalikan Tun Dr M ke pangkuan UMNO. Sekiranya benar, sudah tentu ia akan memperkuatkan kedudukan TS Muhyiddin untuk merebut apa-apa jawatan sekalipun dalam pemilihan UMNO kelak.
Menarik juga maklum-balas sms yang menyatakan pertandingan Presiden UMNO pada Disember ini mungkin sekali antara KuLi dan Najib. Bicara kegentingan UMNO selesai PRK Permatang Pauh tempohari, disusuli tindakan kepimpinan Bahagian-Bahagian UMNO Pulau Pinang mempertahankan kedudukan Dato' Ahmad Ismail dengan sinis membisik penolakan kepimpinan Pak Lah.
Persoalan kedua, mampukah 'hujan kain pelekat' yang pasti akan datang menyelamatkan Pak Lah sekarang?
Kemaskini 2...
Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim merebut kuasa menjelang 16 September adalah antara pemangkinkan usaha mengembalikan Tun Dr M ke UMNO. Ternyata Tun Dr M lebih berupaya menangkis dakyah Anwar dari kepimpinan sekarang. Antara sorotan yang membimbangkan masyarakat Melayu, baik UMNO, PAS mahupun berkecuali adalah kemungkinan kerajaan Anwar bermajoriti bukan Melayu dan bukan Islam!{http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/09/tun-dr-m-akan-menyertai-semula-umno.html}
Petikan dari Blog Rokckybru's / Ahiruddin Atan {http://rockybru.blogspot.com/}

Dr M to return to Umno, Ku Li for President


It's confirmed, Dr Mahathir is backing Tengku Razaleigh Hamzah to become the next President of Umno in December (read here). It is also true that Dr Mahathir will re-join Umno for this purpose. The man credited for persuading the former PM to return to the party is Muhyiddin Yasin (read here).
On Saturday, Mukhriz confirmed that he will stand in the way of Khairy Jamaluddin's dream to be the Umno Youth chief (read here). Two enter the fray.
{http://rockybru.blogspot.com/2008/09/dr-m-to-return-to-umno-ku-li-for.html}

Nampaknya daripada perkembangan-perkembangan yang ditunjukkan oleh blog-blog sepertimana di atas memungkinkan mantan Perdana Menteri yang juga Mantan Presiden UMNO akan balik ke pangkuan UMNO untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Calon Presiden UMNO untuk menentang Rejim Abdullah Haji Ahmad pada Pemilihan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.

Pada pandangan penulis, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan nama Ku Li kini mempunyai peluang yang makin cerah untuk membuat perubahan di dalam pucuk pimpinan sebuah parti keramat bagi orang Melayu iaitu UMNO.

Penulis sebelum ini pernah juga mencadangkan penyokong Ku Li dengan penyokong Ayahnda Tun Dr. Mahathir bergabung bagi merealisasikan impian untuk memberi kepimpinan baru menerajui UMNO dan bukan lagi Abdullah Haji Ahmad.

Alhamdullilah akhirnya cadangan penulis menjadi kenyataan apabila perkara ini direalisasikan oleh kedua-kedua pemimpin yang sudah bergelar negarawan ini. Terima kasih dan tahniah juga penulis ucapkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin yang berjaya membuat penggabungan ini. Mungkin ahli UMNO tidak perlu fikir dua kali untuk melantik beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO yang baru.

'Banjir Kain Pelikat' Abdullah semakin menjadi-jadi, namun tidak mustahil satu masa nanti orang akan muak dan jelak dengan 'kain pelikat Abdullah', mungkin pada kali ini kain pelikat tidak akan dapat lagi menyelematkan Abdullah bahkan ia bakal menjadi 'pembunuh' Abdullah.

Penulis sememangnya ternantikan-nantikan apakah perubahan yang bakal dibuat oleh Tengku Razaleigh sekiranya beliau berjaya menaiki takhta Presiden UMNO. Penulis berharap Tengku Razaleigh tidak akan mensia-siakan 'kemenangan beliau'.

Izinkan penulis melabelkan Tengku Razaleigh sebagai 'The New Era Leader From The Past' sesuai dengan statusnya sekarang yang sudah bergelar negarawan. Penulis juga amatlah berharap agar hasil gabungan dua kumpulan yang boleh dikatakan 'kumpulan gergasi' di dalam UMNO dapat menumbangkan kerajaan 'Pakatan Keluarga Abdullah' bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap terhadap UMNO khasnya dan Barisan Nasional amnya.